23 April, 2008

PEMBUAT MADU TUALANG TIRUAN DITANGKAP








Sila klik : http://www.youtube.com/watch?v=b54PYVBN_7w

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Sebelum ni dah banyak orang kena tipu puluhan ribu ringgit berhubung dengan perniagaan madu lebah.Tapi si penipu ni bijak menghilangkan diri selepas madu tiruan di hantar kepada mangsa dan menerima habuan wang tunai.
Ceritanya sama sahaja.Sebab saya pun telah didatangi oleh sindikit ini untuk menjual madu dalam kuantiti yang banyak kepada saya.Supaya tuan/puan di luar sana tidak ditipu maka saya turunkan/dedahkan taktik si penipu ini lakonkan agar urusniaga ini nampak real berdasarkan pengalaman saya, pelanggan madu lebah tualang saya juga seorang jiran saya yang hampir ditipu RM39,000.00 apabila saya berkeras menegahnya berurusan dengan orang begini.

1)penipu ini akan menelefon anda mengatakan beliau ada madu lebah dalam kuantiti yang banyak untuk 'ditolak' kepada yang berminat untuk buat duit dgn senang.Kebiasaannya orang yang menjadi target mereka adalah terdiri dari peniaga atau orang yang berduit(duit boleh buat duit).Madu tersebut dari Ulu Tembeling,Pahang.Orang asli yang panjat dan ambil dari pokok tersebut.
2)Penipu ni kata pembeli madu ni dah ada...orang Singapore.Jadi kita boleh dapat untung atas angin je....iaitu bayar duit ni pada si penipu(kononnya dia ni orang tengah kepada orang asli)dan dalam masa 1 @ 2 hari dia akan bawa orang Singapore yang akan beli madu tu pada harga yang tinggi(1 tong madu boleh dapat untung hingga RM2500.Kalau 30 tong...tentu kaya tu.
3)Mangsa akan dihantar bertong-tong madu ke rumah dan si penipu ini mahu cash saja kerana orang asli tak mahu terima cek.Penipu ni janji akan bawa orang Singapore tu sedikit hari lagi.
4)Mangsa pun call penipu nie selepas 2 @ 3 hari kerana tak sabar-sabar nak dapat untung atas angin...."mana pulak orang singapore ni".Alangkah terperanjatnya apabila no hp si penipu ni telah ditamatkan perkhidmatan dan si penipu ini ghaib tak muncul lagi.
5)Padahnya berlambak-lambaklah tong madu dalam rumah mangsa.Duit pun hangus.

Untuk pengetahuan tuan/puan sindikit ini adalah warganegara asing yang cakapnya bunyi macam orang melayu tapi sebenarnya ..bukan.Kalau kita dah terperasan cara cakapnya,si penipu nie cepat2 kata dia berasal dari Sabah @ Sarawak....Oleh itu berwaspadalah kita.Di bawah ini saya copykan artikel dari beberapa akhbar berhubung penangkapan dalang pembuat madu tiruan di Ampang Selangor.

METRO - 19/04/08
Peniaga jual madu tiruan silap mangsa.
AMPANG: Niat seorang pelukis jalanan untuk meraih keuntungan berganda sekali gus menjadikan dirinya kaya dalam sekelip mata, terbantut apabila cubaannya menjual 54 tong madu lebah tiruan terbongkar berikutan rasa curiga bakal pembeli terhadap keaslian madu itu.Difahamkan lelaki terbabit, seorang warga Indonesia berusia 40-an, ditahan polis ketika cuba menjual madu tiruan itu yang dipercayai campuran gula melaka kepada seorang guru yang turut menjalankan perniagaan madu lebah secara sambilan di sebuah restoran di Taman Kosas di sini, baru-baru ini.Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten komisioner Abdul Jalil Hassan, ketika ditahan lelaki terbabit membawa 54 tong madu yang bakal diserahkan kepada pembeli menggunakan sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lagi warga Indonesia.“Keseluruhan rampasan bernilai hampir RM135,000 membabitkan rampasan madu tiruan, oleh itu pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan urusniaga khasnya yang berkaitan pembelian madu lebah.
“Dipercayai ramai lagi yang sudah menjadi mangsa dan diharapkan mereka tampil untuk membantu kami menyelesaikan kes penipuan ini,” katanya.
Suspek bijak memancing mangsa supaya membeli madu itu dengan mengatakan seorang pembeli dari Singapura sudah sanggup membelinya dengan harga lebih tinggi.Mangsa juga dikatakan mendapat keuntungan lebih sekali ganda iaitu sebanyak RM2,000 bagi setiap tong jika berjaya menjualnya kepada pembeli dari Singapura itu.Bagaimanapun, pembeli yang meragui kewujudan madu itu, ditambah pula dengan tawaran harga yang dianggap terlalu murah iaitu hanya RM1,000 setiap tong berbanding harga pasaran RM3,500 setong, mangsa meminta bantuan sahabatnya yang mengesahkan ia madu tiruan.Hasil soal siasat membawa sepasukan anggota polis ke rumah suspek yang turut dijadikan pusat memproses bekalan madu tiruan di Klang, Selangor.Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan dan akan didakwa mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan, atas tuduhan cubaan menipu.


Utusan Malaysia
Warga asing jual madu tiruan ditahan.
AMPANG JAYA 19 April - Polis menahan seorang lelaki warga asing ketika cuba menjual 54 tong madu tiruan dengan harga RM 54,000 iaitu RM1,000 setong kepada seorang mangsa di sebuah restoran di Taman Kosas, Ampang di sini 4 April lalu.
Pemeriksaan mendapati keseluruhan 216 liter madu yang dikatakan sebagai asli itu sebenarnya cecair hasil campuran gula merah dan air tebu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan ketika cuba berurus niaga dengan seorang mangsa, seorang guru berusia 33 tahun di restoran tersebut.
Menurutnya, taktik suspek ialah cuba memperdayakan mangsa kononnya harga sebenar satu tong ialah RM3,500 dan dia bersetuju memberi potongan harga sehingga RM1,000 setong.
"Dia cuba menagih simpati dengan memberitahu mangsa dia perlu menjual semua tong madu itu untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya," katanya ketika di- temui di Balai Polis Ulu Klang di sini semalam.
Tambahnya, mangsa yang bimbang ditipu sebenarnya telah memaklumkan kepa- da polis sebelum hari urus niaga tersebut.
Katanya, pada hari kejadian, dia bersama seorang rakannya pernah diperdaya untuk menguji madu tersebut sama ada tulen atau sebaliknya.
"Rakannya kemudiannya mendapati madu itu palsu berdasarkan kelikatan cecair berbanding madu asli, mangsa terus menghubungi polis dan pihak kami telah mengambil tindakan," ujarnya.
Abdul Jalil memberitahu, polis yang tiba di situ kemudian mendapati semua 54 tong madu tiruan yang akan dijual itu disimpan di sebuah lori muatan tiga tan milik suspek.
"Siasatan mendapati suspek beroperasi secara bersendirian memproses madu tiruan di rumahnya di Klang dan bergiat aktif hampir dua tahun serta berjaya menipu RM48,000 daripada empat mangsa sebelum ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana kesalahan menipu," jelasnya.

No comments: