22 February, 2012

PEMBUKAAN CAWANGAN BARU

Updated 12/02/13
Pembukaan Kiosk Cawangan Giant Kinrara


Kedudukan kiosk di G Floor berdepan kedai kek Secret Recipe....






_______________________________________________________________


Updated 05/01/13
Penutupan Kiosk Kl Festival City"

Kiosk KL Festitival telah kami tamatkan promosi di situ dan telah berakhir pada 31/12/2003. Tuan Puan kawasan berdekatan boleh dapatkn stok madu tualang di kiosk Ampang Point ya. Tkasih


Updated 21/10/12
Kiosk "KL FESTIVAL CITY" Danau Kota/Setapak K.Lumpur









Diumumkan kiosk ini baru dibuka pada 1 Okt 2012 yang lalu. Setakat ini sambutan agak baik. Masih ramai yang belum tahu kehadirannya di sini. Jasa baik anda diperlukan untuk hebahkan kepada rakan taulan sekeliling tentang pembukaan cawangan ini. Waktu perniagaan adalah pada setiap hari bermula jam 10pg-10mlm. Oleh itu setakat ini dan tarikh ini kiosk kami yang masih beroperasi adalah sebanyak 4 buah sahaja setelah beberapa kiosk terpaksa dihentikan jualannya atas sebab-sebab tertentu. Tetapi barisan tentera kami iaitu para agen/pengedar Madu Syairtimur masih tetap berdiri bersama berganding bahu meneruskan usaha mempromosi dan menjual produk madu tulen ini.


1) Kiosk "KL FESTIVAL CITY" Danau Kota/Setapak K.Lumpur
    (G Floor, kiosk dekat Econsave)

2) Kiosk No PC17,Giant Shah Alam, Sek 13 Selangor
    (Dekat Stadium S.Alam. Kiosk berdepan dengan MAXIS)

3) Kiosk No 2, M Floor Ampang Point Shopping Complex Selangor
    (Dekat Reject Shop)

4) Kiosk No 4, Kompleks Agrobazaar FAMA, Kawasan Rehat Ulu Bernam
    (Menghala ke K.L) Selangor


________________________________________________________________

Updated 24/07/12

CARA MINUM MADU TUALANG KETIKA BULAN RAMADHAN

Salam. Dikesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini kepada semua muslimin dan muslimat.Bulan yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun. Bulan yang mana tumpuan melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dan mengharapkan ganjaran yang dijanjikan Allah pada umatnya. Lapar dan dahaga di siang hari dan berbuka puasa serta melakukan terawih di malam hari.
Banyak tenaga yang diperlukan dalam menjalani ibadah puasa ini. Jadi bagaimana untuk kita berpuasa sebulan tetapi melalui dengan bersemangat, rileks dan tidak penat. Jawapan nya anda perlu mengamalkan minum Madu Tualang Syairtimur sepanjang berpuasa sebulan ini.

Ramai bertanya saya kalau bulan puasa cara minum madu macamana?Ok ikut cara yang selalu saya amalkan ketika ketibaan Ramadhan.

Berbuka Puasa

Tuangkan air sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais ke dalam 1 mug dan dicampurkan dengan 2 @ 3 sudu besar madu tualang lalu dikacau.Amalkan setiap hari ketika waktu berbuka puasa dengan pengambilan buah kurma dan air madu tualang ini.Digalakkan anda bersolat maghrib selepas itu.Ketika anda mengambil wuduk dan bersolat proses peralihan dari madu(gula asli) menjadi tenaga semulajadi berlaku dalam tubuh anda.Selepas bersolat barulah anda teruskan pengambilan makanan yang lain.Madu yang diambil akan menyerap dalam tubuh dalam 15 minit kerana sifarnya yang halus. Untuk dapat rasakan kesegaran yang lebih masukkan ais batu serta perahan limau nipis kedalam air madu tualang tersebut. Ingat!!! berikan juga minuman sebegini kepada anak isteri anda. InsyaAllah ada keberkatannya dan anda boleh lihat kesannya.
Tidak dinafikan dengan cara ini anda haruslah berbelanja lebih sedikit kerana penggunaan madu yang agak lebih dari biasa. Tetapi sebenarnya masih jimat jika dibandingkan belian air tebu 2 plastik kosnya sudah rm7...begitu juga air yang lain2. Sedangkan air madu Tualang lebih berkhasiat kerna ia minuman multivitamin.

Anda digalakkan ulangi meminum air madu ini sebelum mengerjakan solat terawih dan sebelum tidur malam.

Sahur

Bangkit saja dari tidur minum 2 sudu madu @ air kosong yang dicampur madu sementara isteri atau ibu kita sedang menyediakan makanan.Jika tak sempat....minumlah madu selepas bersahur sebelum imsak.

InsyaALLAH.Jika anda teruskan amalan ini setiap hari ketika menjalani ibadah puasa anda akan merasa kesegaran dan tenaga yang berganda berbanding jika tidak mengambil madu.


Sekian.Selamat Berpuasa.

25/7/12 terima fbook. Sila klik utk besarkan image.




_______________________________________________________________

Updated 25/02/12

Pembukaan Caw. Baru : Kiosk Giant Tambun, Ipoh Perak

Salam semua pelanggan Madu Syairtimur

Pertama saya doakan anda semua sihat hendaknya. Di sini saya ingin maklumkan insyaAllah pada 1 Mac 2012 cawangan kiosk yang baru akan dibuka di Giant Tambun, Ipoh.
Moga ia berjalan lancar dan apa yang dirancang menjadi dan menerima pelanggan baru sekitar Ipoh.

Terima Kasih.

______________________________________________________________

Updated 19/03/2012


Gambar Kiosk Giant Tambun, Ipoh

Sudah hampir sebulan cawangan ke 4 ini dibuka. Adat promosi...jika sambutan dalam 3 bulan ini ok maka saya akan teruskan sewaan di sini.Jika tidak berapa menggalakkan kita akan sentiasa mencuba mempromosikan di tempat lain pula.
Lokasi seperti gambar yang anda lihat berdepan dengan permainan kanak-kanak yang berhampiran food court.