04 March, 2008

SIFAT MADU TUALANG TULEN

Berikut adalah beberapa petua dan cara bagaimana memilih/membeli Madu Tualang tulen supaya anda tidak terbeli yang bukan original/tiruan.

Warna Madu Tualang
Warna madu mesti 1 warna dari atas hingga ke dasar botol(kemerahan, keperangan(macam warna air tea pekat) @ gelap kehitaman).Tidak berbelang warnanya atau ada bendasing(cthnya mcm ada kulat yang terapung di dalam madu seperti berkeladak. Selalunya madu tualang tiruan yang dijual adalah madu yang baru dibuat....setelah 2 minggu anda beli barulah akan berlaku perubahan yang dinyatakan).Madu tualang menjadi gelap lama kelamaan.Jika disimpan selama setahun sudah nampak perbezaan warnannya.Madu tualang tidak transparent/lutsinar tetapi bersifat keruh. Perlu diingat! Warna madu tualang berbeza mengikut kawasan persekitaran hutan yang didiami oleh sang lebah sialang.

Buih Madu Tualang
Buih madu tualang amat halus kecil akan terhasil ketika madu tualang sedang aktif.Buih akan menghilang/mendap/menyurut setelah beberapa jam dan akan kembali seperti asal tetapi masih meninggalkan sedikit kesan buih di atas permukaannya.Lama kelamaan ia akan membentuk 'gelang' disekeliling permukaan madu tualang, maksudnya di dinding botol tersebut. Buih madu tualang asli akan terbentuk dengan banyak(terutama apabila digoncang botol)kerana selalunya ia baru diambil turun dari atas pokok.


Bau Madu Tualang
Bau haruman madu tualang agak kuat.Ada masam-masam skit kerana itulah baupati bungaan hutan.Tiada bau gula.

Rasa Madu Tualang
Rasa yang sedap...manis...masam-masam sikit(terutama madu yang baru diambil).Apabila madu tualang masuk ke tekak terasa sedikit perit dan mahu'berdehem".Kemudian tutup mulut..terasa bau aroma madu di ruang pernafasan hidung anda.

Kepekatan Madu Tualang Tulen
Madu Tualang tulen agak cair dan tidak pekat. Kandungan air dalam madu tualang selalunya antara 22% - 26%. Jika madu tualang yang dijual pekat, bermakna samaada ia madu yang telah diproses/disejat atau madu tualang tulen yang dicampurkan dengan madu ternak atau madu palsu/tiruan.

Penjual Madu Tualang
Ada pengenalan si penjual.Sticker nama syarikat dan pendaftaran syarikat.Alamat & no tel selengkapnya untuk dihubungi.Juga business card penjual.Jika terjadi apa-apa masalah bolehlah pembeli menghubungi penjual untuk bertanya itu & ini.

1 comment:

Asfz said...

Berapa lama madu tualang tahan... Maksudnya ada tarikh luput tak?