04 March, 2008

KRITERIA @ CIRI-CIRI MADU TUALANG TIRUAN

Berikut adalah ciri-ciri madu tiruan yang amat banyak dijual di pasaran dan didakwa sebagai Madu Lebah Tualang.Saudara/saudari jangan terperanjat kerana madu ini juga ada dijual di dalam klinik swasta.Pernah saya menegur seorang doktor di Sungai Buluh yang menjual madu begini(saya demo kan pada beliau)namun beliau tetap menjualnya.Selepas saya keluar dari bilik doktor tersebut kelihatan seorang bapa mendukung anaknya sedang membeli madu tersebut.Alangkah sedihnya hati saya melihat kejadian itu.Madu yang diniatkan untuk dijadikan ubat buat anaknya akan merosakkan organ dalaman anak dan dirinya sekeluarga.Sedangkan sudah terang-terangan saya tunjukkan pada beliau mengapa saya katakan madu itu tidak asli.Apakan daya saya tidak mampu untuk menghalangnya.



Warna tidak sekata
Ada mendapan putih di dasar botol.Dlm madu ada bendasing/kulat terapung.Biasakan jika ingin membeli madu lihatlah dalam botol madu tersebut dengan cara melihat melalui sinar matahari atau lampu yang kuat/terang dibelakang madu. Lihat contoh gambar di bawah:

Buih
Buih putih pekat di atas permukaan madu seolah aiskrim Mc Donald.Hinggakan kalau nak tuang madu pun tak boleh.Buih ciptaan mereka selalu terdiri dari bahan buahan,madu & bahan kimia yang di'blend' halus.

Bau Madu
Bau yang sedikit dan mcm bau gula @ gula merah.Kebanyakan madu tipu mereka masak dan campurkan gula merah,pati buah kurma & air buah pisang serta bahan kimia.Ada juga madu tipu yang gunakan gula sentetik semata-mata(kimia yang dipalsukan menjadi manisan).

Rasa
Rasa gula yang meloyakan dan terasa besi karat.

Penjual
Tiada apa2 pengenalan syarikat atau sticker madu.Walau ada sticker syarikat pun kadang-kadang boleh diragui melalui warna madu,buih,bau & rasa.Banyak sindikit madu mendakwa dari Pahang, pergi menjual madu di pejabat-pejabat,pasar & pasar malam. Sebenarnya mereka adalah warga pendatang Indonesia yang menyamar sebagai rakyat tempatan,kononnya berasal dari Sabah @ Sarawak.Ada juga segelintir penjual madu orang tempatan yang menjual madu,yang mana madu tersebut diambil dari 'orang tengah' yang tidak dikenali.Kemudian melabelkan sebagai madu tualang. Yang paling penting ingatkan ayat ini " JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PENJUAL MADU YANG TIDAK BERPENGALAMAN". Asakkan soalan-soalan yang patut anda tanya kepadanya tentang segala kekhuatiran anda. Lihat cara jawapannya yang teragak-agak dan bola mata yang tidak tepat memandang mata anda. Mungkin anda pada masa itu sedang menjadi mangsanya. Mereka -mereka ini masuk hutan pun tak pernah...bagaimana hendak menceritakan yang sebenarnya. Oleh itu belilah madu pada orang yang 'ahli madu' bukannya orang/penjual yang semata memandang duit anda. Maka orang yang bukan ahli madu selalunya 'terjual' madu yang tidak asli tetapi sebenarnya beliau tidak ada niat untuk menipu pembeli. Cuma selalunya di dalam hatinya sentiasa berdebar-debar takut terjumpa orang yang arif tentang madu. Dan juga hatinya selalu berbelah bagi untuk mengiyakan madu yang dijual itu 100% asli kerana beliau sendiri hanya menerima madu itu dari orang tengah saja.....masuk hutan ikut serta dan melihat sendiri cara pengambilan madu pun tak pernah. Nahhh...tepuk dada tanyanya diri anda, adakah patut anda membeli madu dengan orang yg sebegini.

Selalunya madu yang mereka jual tersebut adalah madu :
1) madu yang bersumberkan lebah yang dibela/ternak.
2) madu ternak dan madu tualang yang dicampur agar jadi banyak dan mendapat untung tinggi.
3) madu tiruan yang dimasak/diadun
4) madu sentetik/gula tiruan

Harga
Harga juga boleh memperlihatkan sesuatu madu itu asli atau tidak.Mengapa saya kata begini, pokok Tualang adalah sejenis pokok hutan yang amat tinggi setinggi 100-150 meter.Pokoknya tegak lurus dan kulit pokok yang agak licin.Dahannya hanya bercambah dihujung batang sahaja.Bukan calang-calang orang yang boleh memanjat dan mengambil madu di atas pokok ini.Risiko kematian akibat terjatuh dari pokok amat tinggi untuk berlaku.Kalau diupah pemanjat untuk tujuan mengambil madu memang amat mahal dan ianya berbaloi kepada pemanjat tersebut sesuai dengan keberaniannya.Bagaimana pula dengan bayaran krew pembantu yang lain seramai 4 hingga 7 orang. Mereka mengendalikan operasi menyambut madu yang turun dari pokok, memerah, menapis, masuk ke tong dan seterusnya membawa keluar dari kawasan hutan. Kadang-kadang melalui paya serta jalan hutan yang berbukit-bukau dengan membawa tong berisi madu seberat 40-45kg madu. Ia juga melibatkan perbagai kos termasuk pengangkutan hingga ia dibotolkan dan dilabelkan.Adakah logik sebotol madu tualang yang berat bersih 1kg dijual pada harga RM35 @ RM45 @ RM55 @ 65.Kemudian kalau pandai di'tawarkan' boleh turun harga nya kepada RM10-RM30.Logikkah?Jika anda pernah menonton Majalah 3 satu ketika dulu ada memaparkan segmen Madu Tualang.Yang mana seorang pemanjat menyatakan jika ada yang datang membeli di pangkal pokok tualang beliau akan menjualnya pada harga RM80 sebotol 1kg.Nahhh.....Fikirkanlah.





No comments: