16 December, 2009

Buih dan keaktifan Madu Tualang


Buih dan keaktifan Madu Tualang

Buih dan keaktifan Madu Tualang

Buih dan keaktifan Madu Tualang

Gambar di atas adalah keadaan yang mana madu tualang yang baru dipungut sebulan begitu aktif menghasilkan buih2 halus(bergas) setelah ia dimasukkan ke dalam botol.Begitu juga jika madu itu digoncang akan menghasilkan buih seperti ini.Bermakna madu tualang asli yang baru sifat fizikalnya begini. Melainkan madu tersebut telah disejat airnya(diturunkan kadar air dalam madu)ia tidak menghasilkan buih sebanyak ini/tidak aktif.Ketika ia sedang aktif dan berbuih banyak digalakkan tudung botolnya dilonggarkan sedikit agar gas yang dihasilkan dapat keluar. Bertujuan untuk menenangkan keadaan madu itu supaya berkeadaan normal kembali. Jika dibiarkan 2 hingga 5 jam buih-buih tadi secara perlahan akan berkurangan menjadi rupa madu kembali seperti biasa. Tetapi andainya buih tadi membuak keluar dari botol maka harus diselamatkan dengan menuangkan separuh kandungan madu tadi ke dalam bekas lain.

Berlaku kejadian botol madu meletup/pecah seperti gambar di atas ini memang benar-benar berlaku. Kerana itu kalau di lokasi perniagaan saya tidak membenarkan pelanggan yang cuba untuk menggoncang botol madu atau menterbalikkan berulang kali botol. Ini semua bagi mengelakkan kejadian seperti ini iaitu secara tiba2 ia pecah/meletup. Oleh itu saya harap pelanggan/pembaca di luar sana memahami keadaan ini dan tidak 'terasa hati' jika saya atau pekerja saya menegur perbuatan seperti yang dinyatakan tadi.

25 November, 2009

Madu Tualang "Fresh"

Video ini memaparkan bagaimana setelah kami keluar dari kawasan hutan...lepak berehat sebelum pulang. Sementara menyusun dan menunggu tong-tong berisi madu sampai kami gatal-gatal tangan buka beberapa bekas yang terisi sarang dan madu. Kami merasai keenakan dan sedapnya madu fresh yg baru di bawa turun dari pokok.Peluh keluar membasahi seluruh badan kerana sejak di bawah pokok entah berapa banyak madu yang saya dah minum.

30 August, 2009

Video Cara Mengambil Madu Tualang / Sialang



Madu Syairtimur - Penapisan



Video pendek ini memaparkan keadaan yang mana saya dan krew masuk ke dalam hutan mengambil madu di Pokok Tualang pada waktu siang.Saksikanlah.

18 August, 2009

Wabak H1N1 : TINGKATKAN PERTAHANAN DIRI DAN KELUARGA

Kita sekarang berada di dalam ketakutan berikutan kes kematian akibat virus selsema babi atau HINI semakin meningkat dari hari ke hari. Untuk menghadapi keadaan ini kita disarankan memakai topeng muka apabila berhdapan dengan orang yang ramai. Penyakit ini juga boleh merebak melalui sentuhan.
Soalan saya ialah adakah anda pasti akan sentiasa memakai topeng muka apabila keluar dari rumah seperti ke pasar, pejabat atau sebagainya? Adakah anda pasti anak-anak anda akan melakukan perkara yang sama dengan memakai topeng muka dari mula langkah keluar dari rumah hingga waktu pulang sekolah?Oleh itu antara cara terbaik untuk menghadapi situasi ini adalah dengan meningkatkan sistem pertahanan badan untuk setiap individu. MAKA AMAT PENTING BAGI SETIAP INDIVIDU IAITU ANDA DAN KELUARGA ANDA BERSEDIA DARI 'DALAM'. Amalan meminum Madu Tualang Syairtimur setiap pagi dan malam insyaAllah akan menjadikan sistem badan anda kuat untuk melawan penyakit dari 'dalam'.
Madu Tualang Syairtimur bersifat anti bakteria dan anti viral. Ianya menjadikan badan anda sentiasa bersedia bertahan dengan serangan bakteria yang mungkin masuk ke sistem badan anda tanpa disedari. InsyaAllah dengan mengambil Madu Tualang Syairtimur pada setiap hari akan meningkatkan sistem pertahanan badan anda.
Madu Tualang Syairtimur sarat dengan pelbagai mineral, vitamin dan enzim . Ia bertujuan sebagai antibodi dengan melawan serangan bakteria atau apa jua bahan asing. Amalan meminum Madu Tualang Syairtimur akan menjadikan sistem badan anda sedia dengan bahan-bahan membina antibodi tersebut.


1 RUMAH - 1 BOTOL MADU SYAIRTIMUR - 1 MALAYSIA SIHAT.

11 August, 2009

Video pemburuan sarang lebah sialang / apis dorsata

Sedikit video dan beberapa gambar untuk ditatapi semasa pencarian pokok-pokok hutan yang dihuni sarang besar lebah sialang atau apis dorsata. Ini lebih kepada proses tinjaun sama ada sarang tersebut sudah boleh diambil atau perlu 1 @ 2 bulan lagi.


20 July, 2009

MICCOS 2009(MALAYSIA INTERNATIONAL COMMODITY CONFERENCE & SHOWCASE

Pameran ini akan diadakan pada 13-16/08/09 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Selangor atau tempat di mana berlangsungnya MAHA 2008. Dijemput anda dan seisi keluarga ke sana untuk melihat pameran besar peringkat antarabangsa ini. Jangan lupa ke booth madu lebah kami di dewan D bernombor D1005 & 1006 atas nama syarikat SASS JITU ENTERPRISE. Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan potongan harga madu lebah tualang kami yang benar-benar hebat....benar-benar murah. Yang anda sendiri tidak menyangkakan....sepertimana harga madu lebah tualang yang kami berikan di MAHA 2008...atau mungkin lebih murah dari itu.
Kami sanggup 'buang' harga madu lebah kami agar orang ramai dapat bersama kami merasakan madu lebah tualang dari hutan rimba yang tulen dan segar.

16 July, 2009

Kami adalah Pemungut, Penjual dan Pembekal Madu Tualang

Sejak 2 minggu yang lepas saya menerima beberapa panggilan telefon sehinggakan dari Brunei pun ada. Bertanyakan sama ada saya boleh membekalkan madu lebah tualang untuk mereka. Di sini saya menyatakan pintu rundingan setiasa terbuka untuk sesiapa pun bakal peniaga madu lebah untuk mendapatkan bekalan madu lebah dari saya. Kepada peniaga-peniaga produk lain yang berasaskan madu lebah pun saya alu-alukan, walaupun anda memerlukan bekalan 1 tan madu lebah pun insyaAllah saya boleh cari dan sediakan. Apa-apa pun kita perlu runding dahulu tentang harga, kuantiti kg yg diperlukan dan bila bekalan madu lebah diperlukan. InsyaAllah.

11 July, 2009

Sarang Besar Lebah Sialang/Apis Dorsata




Pemandangan Senja Pokok Tualang - Nikon D5000

Terdapat lebih kurang 20-25 sarang lebah di atas pokok ini tetapi belum tiba masanya untuk madu diambil. Mungkin memerlukan 2 bulan lagi. Kesempatan yang indah ini saya rakamkan untuk peminat madu sekelian melalui kamera Nikon D5000 yang baru disambar 3 minggu lepas.

Ambil Madu Tualang Di Malam & Siang Hari.



Kerja-kerja memungut madu lebah tualang kebiasaannya dilakukan pada waktu malam ketika bulan gelap mengikut kalendar Islam. Sesetengah tempat ada juga diambil pada waktu siang. Ini bergantung kepada faktor :

Pemanjat - ada pemanjat yang dah biasa ambil madu lebah pada waktu malam dan tak berani ambil pada waktu siang kerana risiko gangguan lebah sialang yang ganas menggila apabila sarang madu mereka diganggu. Ada juga pemanjat waktu siang yang berani melakukannya tapi bilangan cukup sedikit walaupun tidak ada bantuan bara asap sekali pun.
Keselamatan penduduk kampung berdekatan - terdapat sesetengah pokok yang dengan sarang lebah berhampiran dengan kediaman atau tempat penempatan ladang dsbnya. Oleh kerana faktor ini akan merbahayakan penduduk berdekatan yang mungkin sedang mengusahakan tanaman atau ladang mereka atau pemotong pokok, maka pengambilan pada waktu malam lebih menjadi pilihan.
Gambar waktu malam di atas menunjukkan pemanjat kami yang sedang menghalau lebah sialang turun ke bawah tanah dengan menggunakan bara api dari kulit kayu yang diikat seperti batang penyapu. Setelah itu baru lah sarang lebah sialang dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas khas yang diikat tali. Lalu bekas terisi sarang lebah itu dihulurkan ke bawah. Beberapa orang pembantu akan mengambil sarang lebah tersebut lalu di bawa ke tempat pemerahan. Percaya atau tidak setiap sarang lebah di atas menghasilkan madu lebah yang siap diperah sekitar 20-25kg setiap sarang.
Manakala gambar yang satu lagi(di atas) ini memperlihatkan cara pengambilan madu lebah pada waktu siang di kawasan yang berlainan. Ketika proses pengambilan ini saya dan beberapa pembantu teruk juga diserang dan disengat lebah sialang yang mengganas. Tapi hasil dari beberapa petua yang digunakan begitu mujarab untuk mengatasi bisa lebah yang menusuk tulang. Gambar di bawah adalah ketinggian sebenar Pokok Tualang tersebut.Di dalam bualatan merah pada gambar di bawah ini kelihatan pemanjat baru hendak turun menamatkan tugasnya.


Perahan Madu Tualang Secara Tradisonal


Beginilah keadaan apabila madu lebah dibawa turun dari atas pokok tualang kemudian terus dituangkan atas 'peran' yang dibuat dari kayu2 hutan sekeliling. Terdiri dari batang2 anak pokok yang disusun jarang dijadikan 'table top'. Apabila sarang lebah sialang ini dituangkan di atasnya, lalu sarang tersebut ditekan,dikepal dan dilenyekkan agar madu keluar dan turun ke bawah. Lapisan plastik di bawah akan mengalirkan madu lebah ke dalam takungan tapis kasar pertama. Bahan asing selain madu seperti daun,kulit kayu, lilin lebah, lebah yang mati juga habuk arang/bara akan tersekat di tapisan. Selepas itu madu lebah di dalam baldi tersebut akan dituangkan ke dalam tong air(kalau isi air 35 liter). Tapi kalau madu boleh diisi seberat antara 40-45kg.
Proses ini dijalankan dengan hati-hati dan bersih. Petugas yang ditugaskan untuk memerah sarang lebah mesti menggunakan sarung tangan getah. Lebah sialang yang mati, anak lebah serta bee pollen yang berlebihan dikerat dari sarang dan dibuang bagi memelihara kualiti madu supaya sentiasa terjamin. Ini bermakna kami bawa keluar madu lebah yang berada dalam tong setelah tapisan pertama dibuat.
Seterusnya selepas pulang kami akan menapiskan madu sebanyak 3 kali lagi dengan tapisan halus agar madu bersih dari habuk halus.

08 July, 2009

Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun

Saya menyarankan kepada ibubapa agar menggunakan madu lebah tualang yang benar2 asli sepertimana keluaran syarikat Syairtimur Enterprise bagi mengatasi masalah batuk dan selsema bagi kegunaan anak-anak serta seisi keluarga.InsyaAllah berkesan.Minumlah Madu lebah Tualang Syairtimur setiap 4 jam sekali ketika mengidap selsema dan batuk. Boleh juga dicampurkan sebelah perahan air limau nipis untuk lebih berkesan.
Ubat moden tidak digalakkan kerana kurang berkesan dan boleh mendatangkan bahaya jika terlebih dos. Kadang-kadang dah berbotol-botol minum pun tapi penyakit tidak berkurangan pun.Nah! yakinlah pada ubat yang diturunkan oleh Allah untuk makhluknya.
Sila klik
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=423911(link bernama dah tutup)tapi saya dah copykan....ada di bawah sekali.

Petikan dari blog seseorang.
Apabila anak-anak terkena selsema dan batuk, seperti ibu bapa yang lain saya dan suami akan membawa anak-anak ke klinik. Cuma semenjak tahun 2008 kami tidak lagi ke klinik yang terdekat dengan rumah seperti yang selalu dilakukan sebelum ini. Sebaliknya kami akan ke sebuah klinik di Wangsa Maju. Hu..hu.. memang jauh nak ke sana dari Shah Alam.

Semuanya bermula apabila seorang saudara kami bercerita tentang cara rawatan berbeza yang diberikan oleh klinik ini bagi merawat batuk dan selsema terutama bagi kanak-kanak. Menurut saudara kami ini kaedah yang digunakan ialah dengan cara menepuk bahagian depan dan belakang dada dan juga ubat yang berbeza dari yang diberikan oleh klinik dan pusat kesihatan biasa.

Pada mulanya saya dan suami agak was-was juga. Tapi apa salahnya mencuba. Kalau rasa tak yakin, lepas tu janganlah ikut… he.. he… he…

Tapi setelah ke sana dan berjumpa dengan doktor yang bertugas, tanggapan kami terus berubah. Menurut doktor di Klinik Wangsa ini, ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun. Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut. Menurutnya, mudah saja… jika seseorang batuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru. Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak. Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru. Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu. Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.

Menurut doktor ini, cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak. Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan. Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak – sudah tentu ia dilakukan oleh doktor.

Doktor di Klinik Wangsa ini juga menunjukkan keratan akhbar NSTP (tapi saya lupa kat mana saya letak paper cutting tu – artikel dikeluarkan pada tahun 2007) yang juga membicarakan isu ini. Tapi tak mengapa, saya cuba surf lagi di NSTP tadi dan terjumpa artikel yang hampir sama dengan yang diberikan oleh doktor tu.


Di bawah adalah petikan dari Bernama online:

Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun
KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor. - Bernama

29 June, 2009

Stok Madu Lebah Tualang Terbaru.

Sebenarnya saya baru pulang mencari madu lebah tualang bersama pemanjat bermula pada 21-26/09.Kami berjaya memungut hampir 20 tong madu lebah pada 3 pokok tualang yang mengandungi sarang lebah sialang yang banyak.Nanti saya paparkan gambar2 sepanjang ekspedisi kami.Rakaman video juga ada.Sabar........Itu semua bergantung pada masa saya.

Lab Test Madu Lebah Tualang Syairtimur- UKM UNIPEQ



Dah lama buat lab test ni tapi tak perasan untuk dimasukkan ke dalam blog berkongsi dengan tuan/puan semua.Maaf ya!Saya hantar madu lebah tualang ini ke lab UKM kerana masalah makmal MARDI yang tidak dapat menerima sampel untuk dibuat ujian. Ini kerana terlalu banyak sampel makanan yang mereka terima dan mereka tak cukup kakitangan serta masa untuk selesaikannya.Semalam saya pergi ke MARDI untuk hantar sampel madu lebah tualang terbaru yang kami dapat tapi terpaksa saya bawa pulang kerana giliran untuk madu lebah saya di uji ialah pada kira2 pertengahan bulan Ogos ini....terlalu lama.Nampaknya terpaksa hantar ke UKM UNIPEQ walaupun agak mahal berbanding MARDI.

Giant Honey Bees/Lebah Sialang/Apis Dorsata

28 June, 2009

Video kehebatan lebah

22 May, 2009

Penghantaran Madu Tualang Secara Poslaju




Sukacita dimaklumkan kami telah melancarkan penghantaran madu secara POSLAJU setelah menerima permintaan dan desakan yang tinggi agar kami berbuat demikian dari pelanggan baru dan yang sedia ada dari seluruh Malaysia.Tetapi saiz madu untuk penghantaran hanya untuk bersaiz 2kg(RM220), 1kg(RM110) dan 500g(RM58) sahaja. Sementara ini kos penghantaran masih ditanggung oleh kami...bermaksud kos hantar PERCUMA sehingga 1 tarikh yang akan kami umumkan ...selagi dalam promosi maka ia PERCUMA. Kini anda tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan madu ini,hanya melakukan melalui internet sahaja produk madu yang dipesan akan sampai di pintu rumah.Senangkan!Apa tunggu lagi....
Sila bank in ke dalam akaun atas nama ZAMRI BIN ZAKARIAH seperti di bawah :

Maybank : 164258394290
CIMB : 14230018331520

Selepas bank in sila sms kepada saya 013-3640161,nyatakan:
Nama Penuh:
Alamat Penuh Penghantaran :
No hp penerima :
Akaun di bank in :MBB/CIMB
No Rujukan :
Tarikh Bank in :

Apabila confirm wang telah diterima maka InsyaAllah pada hari tersebut @ keesokkannya juga urusan poslaju akan dibuat.Anda akan menerima produk tersebut 1@3 hari selepas itu.

Selamat Kembali Dari Menunaikan Umrah dan Ziarah.

Bersyukur kepada Allah kerana saya telah selamat kembali dari menunaikan Umrah di Makkah.Tiada rintangan dan halangan besar yang membantutkan segala aktiviti yang disusun oleh penganjur kami iaitu HijjazLegend Travel & Tours Sdn Bhd.
Saya bersyukur kerana terpilih menjadi tetamuNYA menjalani ibadah Umrah yang buat pertama kali bagi saya.Peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk beribadah semahu yang mampu.
Terima kasih kepada mereka yang mendoakan pemergian saya ke sana.Pesanan saya kepada teman-teman dan tetamu blog ini yang masih belum menunaikan umrah dan haji agar persiapkan kewangan dan diri agar cepat pergi ke sana ketika tubuhbadan masih kuat dan cergas.
Tidak lupa beberapa keping gambar ketika di sana untuk disajikan kepada anda.Gambar ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ransangan kepada yang belum 'pergi' untuk memasang niat dan bertindak mendaftarkan diri sebagai tetamu ALLAH di bumi Madinah dan Makkah.




08 April, 2009

MENUNAIKAN UMRAH 7-20/05/09

Sepertimana tarikh di atas saya akan pergi mengerjakan Umrah buat pertama kalinya melalui syarikat kumpulan nasyid Hijjaz iaitu Hijjazlegend Travel & Tours Sdn Bhd.Oleh itu dikesempatan ini saya mohon maaf salah dan silap jika ada, terhadap sesiapa yang mengenali saya/pelanggan madu lebah tualang jika terdapat terlanjur kata atau perbuatan atau ketidakpuashatian layanan atau produk yang dibeli oleh tuan puan.
Sepanjang ketiadaan saya perniagaan madu di Ampang Point dan Giant Sek 13,Shah Alam akan berjalan seperti biasa.Saya mengharapkan doa tuan puan agar saya selamat mengerjakan umrah dengan baik dan selamat pergi juga balik.Moga kepulangan saya nanti bersama semangat dan azam baru dalam mengejar kehidupan dunia dan akhirat.
Akhir kata ribuan terima kasih selama ini tuan puan menyokong membeli madu lebah dari syarikat saya yang semestinya asli,berkualiti dan harga yang patut.

23 February, 2009

Madu Syairtimur : Penutupan Cawangan Giant Kota Damansara

Operasi perniagaan kami di Giant Kota Damansara akan berakhir sehingga 28/2/09 ini sahaja.Ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti kadar sewa yang terlampau tinggi.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan kami di Kota Damansara sepanjang tempoh perniagaan kami di situ.Jika tuan puan ingin mendapatkan bekalan madu sila lihat senarai nama pengedar madu kami atau terus ke kiosk kami di Giant Sek 13,Shah Alam dekat Stadium.

04 January, 2009

MADU TUALANG TIRUAN / PALSU

RUGI RM27,000.00 AKIBAT TERPEDAYA PUJUKAN SINDIKIT MADU TIRUAN.

Minggu lepas iaitu hari Jumaat saya terima call dari seseorang dari Putrajaya yang mengatakan baru saja menyedari tertipu membeli madu tiruan selepas beliau membaca artikel saya tentang madu tiruan di blog madu ini. Yang mana jalan cerita mereka ditipu adalah sama dengan apa yang saya tulis sepertimana yang mangsa-mangsa lain hadapi.
Kerugian melibatkan wang berjumlah rm27,000.00 dengan tukaran tong berisi madu sebanyak 16 tong semuanya. Dipercayai mereka adalah warga asing yang menyamar loghat orang tempatan sedangkan kalau kita amati loghat mereka adalah orang seberang.
Harap semua orang yang ada niat untuk berniaga madu atau dihubungi seseorang untuk mengajak urusniaga madu tualang yang melibatkan peniaga dari Singapura agar sentiasa berhati-hati kerana anda tidak ada pengalaman menentukan keaslian dan ketulenan madu. Nasihat saya agar hubungi saya untuk dapatkan nasihat sebelum urusniaga berlaku.
Majaroti yang tertipu akan hubungi saya selepas mereka sedari mereka ditipu. Tentu saya tak boleh buat apa2 untuk membantu kecuali menggalakkan membuat report polis dan laporkan kepada pihak akhbar.


Updated 16/4/2012


.....................................................................................


TERTIPU LAGI URUSNIAGA MADU TIRUAN!!!!

Kira-kira 2 minggu lepas saya terima call dari Ipoh....disingkatkan cerita keluarga ini telah ditipu urusniaga madu tiruan lebih rm150,000.00. Melibatkan 30tong madu putih/royal jelly dan 20tong madu tualang kononnya.Modus operandi sama saja iaitu ada pembeli madu dari Singapura yg berminat nk beli dgn madu tualang.Orang tengah nie dah dapatkan madu dgn orang asli Pahang. Jadi orang yg bakal ditipu diminta keluarkan modal membeli madu ngan orang asli kemudian jual semula kepada pembeli dari Singapura dengan untung 2kali ganda....tapi akhirnya org Singapura ini tk muncul-muncul....si penipu ini dah kenduri besar dengan duit yang diterima...begitulah kisahnya.

3 minggu sebelum kisah ini...ade sorang call saya dari Cameron Highland telah ditipu juga tapi jumlah tak berapa banyak dalam rm10,000.00. Sama juga citernya...siap si mangsa sanggup turun dari Cameron ke tempat saya semata-mata nak memastikan madu tersebut asli atau tiruan.

Saya sarankan orang diluar sana agar berhati-hati...penipu nie ade disekeliling kita. Mereka nie tunggu peluang je nak cucuk jarum. Kalau kena dengan masanya maka jadilah helahnya...tertipu lah anda....

Updated 25/6/2011


....................................................................................


Sama kes seperti di bawah yang dialami seorang guru dari Ipoh. Tapi kali ini pengadu ini buat panggilan dari Rawang. Seorang kakitangan kerajaan. Melibatkan kerugian RM39,000.00...banyak tu.
Saya telah menasihatkan beliau membuat laporan polis dan panggil beberapa wakil akhbar untuk sebarkan berita penipuan licik ini. Yang didalangi oleh warga asing yang pelat cakapnya seolah dari Sabah atau Sarawak tetapi kalau amati mereka sebenarnya dari negara seberang.
BAGI ANDA DILUAR SANA JIKA DITAWARKAN URUSAN BISNES SEPERTI INI LAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS AGAR PEROMPAK INI DAPAT DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN.!!!!!!!!!JANGAN SELEPAS KENA TIPU BARU NAK LAPOR POLIS...PASTI SUKAR NAK JEJAK MEREKA.

Updated 26/4/2011


-------------------------------------------------------------------------------------



LAGI KES PENIPUAN!!!!!!!!
Semalam seorang guru dari Ipoh telah menefon saya dan menyatakan telah membuat 1 urus niaga dengan membuat pembelian madu tualang yang banyak bagi tujuan bisnes dengan orang Singapore.Penjual menyatakan madu dari Ulu tembeling, Pahang...pembeli dah ada...dari Singapore. Harga jualan boleh naik 2@3 kali ganda jika dijual pada org Singapore itu....terus saya potong cerita guru tersebut....saya kata dia terbeli madu dari 'penjenayah' penjual madu tiruan.
Akhirnya beliau terima ketentuan ini, memamg guru ini sudah mengagak ditipu setelah beliau tak dapat menghubungi no hp si penjenayah ini dan tiada orang Singapura pun yang hubungi beliau.
Semua kerugian ialah RM20,000.00(20 tong madu). Jadi anda diluar sana berhati-hatilah walau pun yang menjual itu adalah 'orang asli' yang keluar dari hutan kerana menurut guru tersebut madu yang dihantar ke rumahnya dikendali oleh pekerja terdiri dari 'orang asli'.

Updated 3/8/2010

.....................................................................................

Madu Tualang Tiruan Di Pasar Malam
Kejadian ini berlaku di tapak pasar malam perumahan rumah saya di Saujana Utama,Sungai Buluh. Uncle ini akhirnya mengaku menjual madu tiruan selepas 'berlawan cakap' berkenaan madu tualang. Beliau tetap tidak mahu memberikan no tel @ hp, alamat tetap perniagaannya serta alamat rumah. Banyak perkara dia terperangkap dengan soalan-soalan dari saya. Selepas saya perkenalkan diri sebagai pencari/penjual madu tualang beliau terus mengaku madu yang dijual adalah palsu/tiruan dan berkemas untuk beredar dari situ. Ketika gambar ini diambil beliau menundukkan kepala supaya wajahnya tidak dirakamkan.

Oleh itu kepada pembeli diluar sana, anda haruslah berhati-hati apabila membeli madu tualang. Terlampau ramai penjual madu tiruan sekarang ini termasuk melibatkan jualan di dalam internet. Dua hari selepas kejadian di atas saya telah mendesak seorang lagi penjual madu tualang tiruan di luar kawasan Masjid Wilayah, K.L(bawah bukit masjid, dekat trafik light dkt medan selera). Beliau mendakwa bapanya mencari sendiri madu tersebut di Rembau juga Pahang. Setelah diserang dengan soalan2 cepu emas akhirnya peniaga ini berdalih mengatakan ada orang asli pula yang membekalkan madu pada bapanya. Penjual ini hanya terdiam apabila saya menegaskan madu ROYAL JELLY TUALANG itu adalah confirm palsu. Apabila ramai yang mendengar perbualan kami peniaga ini berdalih2 dan menyalahkan pembekal madu yang membekalkan kepada bapanya. Pada minggu berikutnya beliau dah tak datang berniaga di situ lagi.

Tujuan saya bersikap demikan apabila berjumpa peniaga begitu adalah semata-mata menjalankan tanggungjawab kepada orang ramai, agar tidak tertipu dan terminum 'racun' yang boleh merosakkan organ dalaman anda. Saya bukan nak menakutkan anda sebaliknya inilah akan berlaku. Berlaku kerosakan kepada buah pinggang, hati dan seterusnya jantung anda.Jauh sekali demi kepentingan bisnes saya, jauh sekali kononnya untuk menjadi hero masyarakat. Apa yang saya buat adalah ilmu tentang madu yang ada digunakan/dikongsikan untuk kepentingan orang ramai.

Updated 23/06/2010





-------------------------------------------------------------------------------------

Orang Asli diperalat jual ‘madu tualang’ air gula di R&R Sungai Perak : KOSMO 01/01/09


Keterangan Gambar :SEBAHAGIAN daripada madu lebah tiruan yang dijual oleh Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak.

KUALA LUMPUR – Beberapa Orang Asli telah diperdaya oleh pihak tertentu untuk menjual air gula yang didakwa sebagai madu lebah di gerai Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak.

Pelanggan yang mengunjung gerai itu, terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan, dengan mudah boleh tergoda untuk membeli cecair berwarna keemasan yang dibotolkan itu kerana menyangkanya madu liar tulen yang diusahakan oleh Orang Asli.

Bagaimanapun, seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM) yang membuat pengkhususan dalam apiterapi (kaedah perubatan menggunakan produk madu lebah) secara kebetulan membongkar penipuan itu selepas menguji sampel dari gerai berkenaan.

Prof. Kamaruddin Mohd. Yusoff dari Fakulti Perubatan berkata, beliau membeli air gula terbabit dengan tujuan menganalisis perbezaan khasiat madu liar yang diusahakan oleh Orang Asli.

Sebaliknya, beliau mendapati ia sekadar air gula yang telah melalui beberapa rawatan kimia bagi meniru ciri-ciri fizikal madu lebah. Apabila beliau meminta penjelasan daripada Orang Asli berkenaan, pakar itu hanya diberitahu bahawa mereka diminta oleh ‘seseorang’ untuk menjual produk itu.

-------------------------------------------------------------------------------------


Keterangan gambar :Salah sebuah gerai jualan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak yang tidak lagi menjual madu lebah sejak semalam.

KUALA KANGSAR - Ada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang singgah di Hentian Rehat Sungai Perak untuk membeli madu kini terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan hampa.

Semuanya gara-gara beberapa Orang Asli yang menjual madu di situ sudah tidak lagi mengambil stok produk tersebut yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila hasil kajian seorang pakar mendapati ia sebenarnya air gula.

"Kami sudah tidak jual madu lagi, 'bos' tak kasi. Kalau nak beli produk hasil hutan lain, ada kami jual,'' kata seorang penjual Orang Asli yang enggan identitinya didedahkan semalam.

Dia dan beberapa peniaga lain bukan sahaja tidak lagi memperagakan botol-botol madu, malah enggan melayani permintaan pelanggan yang bertanyakan produk tersebut.

Sementara itu, beberapa pengunjung ketika ditemui mahu pihak pengurusan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) campur tangan dan memantau perkara tersebut kerana ia melibatkan imej kemudahan syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------

'Bukan madu kami'

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA KANGSAR - Beberapa orang penjual madu lebah dari kalangan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak semalam mengakui produk tersebut bukan hasil hutan yang mereka cari sendiri, sebaliknya dibekalkan oleh sebuah syarikat.

Malah, mereka kini tidak lagi memperagakan botol-botol madu itu secara terbuka selepas pendedahan seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM)bahawa kajiannya mendapati madu itu sebenarnya air gula.

Seorang peniaga yang enggan identitinya didedahkan mengakui mereka bukan pencari madu, tetapi ejen jualan sebuah syarikat pembekal yang turut memberi mereka salinan surat perakuan bahawa madu-madu itu produk tulen.


-------------------------------------------------------------------------------------

Peniaga jual madu tiruan silap mangsa


Sila klik : http://www.youtube.com/watch?v=b54PYVBN_7w


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Sebelum ni dah banyak orang kena tipu puluhan ribu ringgit berhubung dengan perniagaan madu lebah.Tapi si penipu ni bijak menghilangkan diri selepas madu tiruan di hantar kepada mangsa dan menerima habuan wang tunai.
Ceritanya sama sahaja.Sebab saya pun telah didatangi oleh sindikit ini untuk menjual madu dalam kuantiti yang banyak kepada saya.Supaya tuan/puan di luar sana tidak ditipu maka saya turunkan/dedahkan taktik si penipu ini lakonkan agar urusniaga ini nampak real berdasarkan pengalaman saya, pelanggan madu lebah tualang saya juga seorang jiran saya yang hampir ditipu RM39,000.00 apabila saya berkeras menegahnya berurusan dengan orang begini.

1)penipu ini akan menelefon anda mengatakan beliau ada madu lebah dalam kuantiti yang banyak untuk 'ditolak' kepada yang berminat untuk buat duit dgn senang.Kebiasaannya orang yang menjadi target mereka adalah terdiri dari peniaga atau orang yang berduit(duit boleh buat duit).Madu tersebut dari Ulu Tembeling,Pahang.Orang asli yang panjat dan ambil dari pokok tersebut.
2)Penipu ni kata pembeli madu ni dah ada...orang Singapore.Jadi kita boleh dapat untung atas angin je....iaitu bayar duit ni pada si penipu(kononnya dia ni orang tengah kepada orang asli)dan dalam masa 1 @ 2 hari dia akan bawa orang Singapore yang akan beli madu tu pada harga yang tinggi(1 tong madu boleh dapat untung hingga RM2500.Kalau 30 tong...tentu kaya tu.
3)Mangsa akan dihantar bertong-tong madu ke rumah dan si penipu ini mahu cash saja kerana orang asli tak mahu terima cek.Penipu ni janji akan bawa orang Singapore tu sedikit hari lagi.
4)Mangsa pun call penipu nie selepas 2 @ 3 hari kerana tak sabar-sabar nak dapat untung atas angin...."mana pulak orang singapore ni".Alangkah terperanjatnya apabila no hp si penipu ni telah ditamatkan perkhidmatan dan si penipu ini ghaib tak muncul lagi.
5)Padahnya berlambak-lambaklah tong madu dalam rumah mangsa.Duit pun hangus.

Untuk pengetahuan tuan/puan sindikit ini adalah warganegara asing yang cakapnya bunyi macam orang melayu tapi sebenarnya ..bukan.Kalau kita dah terperasan cara cakapnya,si penipu nie cepat2 kata dia berasal dari Sabah @ Sarawak....Oleh itu berwaspadalah kita.Di bawah ini saya copykan artikel dari beberapa akhbar berhubung penangkapan dalang pembuat madu tiruan di Ampang Selangor.

METRO - 19/04/08
Peniaga jual madu tiruan silap mangsa.
AMPANG: Niat seorang pelukis jalanan untuk meraih keuntungan berganda sekali gus menjadikan dirinya kaya dalam sekelip mata, terbantut apabila cubaannya menjual 54 tong madu lebah tiruan terbongkar berikutan rasa curiga bakal pembeli terhadap keaslian madu itu.Difahamkan lelaki terbabit, seorang warga Indonesia berusia 40-an, ditahan polis ketika cuba menjual madu tiruan itu yang dipercayai campuran gula melaka kepada seorang guru yang turut menjalankan perniagaan madu lebah secara sambilan di sebuah restoran di Taman Kosas di sini, baru-baru ini.Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten komisioner Abdul Jalil Hassan, ketika ditahan lelaki terbabit membawa 54 tong madu yang bakal diserahkan kepada pembeli menggunakan sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lagi warga Indonesia.“Keseluruhan rampasan bernilai hampir RM135,000 membabitkan rampasan madu tiruan, oleh itu pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan urusniaga khasnya yang berkaitan pembelian madu lebah.
“Dipercayai ramai lagi yang sudah menjadi mangsa dan diharapkan mereka tampil untuk membantu kami menyelesaikan kes penipuan ini,” katanya.
Suspek bijak memancing mangsa supaya membeli madu itu dengan mengatakan seorang pembeli dari Singapura sudah sanggup membelinya dengan harga lebih tinggi.Mangsa juga dikatakan mendapat keuntungan lebih sekali ganda iaitu sebanyak RM2,000 bagi setiap tong jika berjaya menjualnya kepada pembeli dari Singapura itu.Bagaimanapun, pembeli yang meragui kewujudan madu itu, ditambah pula dengan tawaran harga yang dianggap terlalu murah iaitu hanya RM1,000 setiap tong berbanding harga pasaran RM3,500 setong, mangsa meminta bantuan sahabatnya yang mengesahkan ia madu tiruan.Hasil soal siasat membawa sepasukan anggota polis ke rumah suspek yang turut dijadikan pusat memproses bekalan madu tiruan di Klang, Selangor.Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan dan akan didakwa mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan, atas tuduhan cubaan menipu.


Utusan Malaysia
Warga asing jual madu tiruan ditahan.
AMPANG JAYA 19 April - Polis menahan seorang lelaki warga asing ketika cuba menjual 54 tong madu tiruan dengan harga RM 54,000 iaitu RM1,000 setong kepada seorang mangsa di sebuah restoran di Taman Kosas, Ampang di sini 4 April lalu.
Pemeriksaan mendapati keseluruhan 216 liter madu yang dikatakan sebagai asli itu sebenarnya cecair hasil campuran gula merah dan air tebu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan ketika cuba berurus niaga dengan seorang mangsa, seorang guru berusia 33 tahun di restoran tersebut.
Menurutnya, taktik suspek ialah cuba memperdayakan mangsa kononnya harga sebenar satu tong ialah RM3,500 dan dia bersetuju memberi potongan harga sehingga RM1,000 setong.
"Dia cuba menagih simpati dengan memberitahu mangsa dia perlu menjual semua tong madu itu untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya," katanya ketika di- temui di Balai Polis Ulu Klang di sini semalam.
Tambahnya, mangsa yang bimbang ditipu sebenarnya telah memaklumkan kepa- da polis sebelum hari urus niaga tersebut.
Katanya, pada hari kejadian, dia bersama seorang rakannya pernah diperdaya untuk menguji madu tersebut sama ada tulen atau sebaliknya.
"Rakannya kemudiannya mendapati madu itu palsu berdasarkan kelikatan cecair berbanding madu asli, mangsa terus menghubungi polis dan pihak kami telah mengambil tindakan," ujarnya.
Abdul Jalil memberitahu, polis yang tiba di situ kemudian mendapati semua 54 tong madu tiruan yang akan dijual itu disimpan di sebuah lori muatan tiga tan milik suspek.
"Siasatan mendapati suspek beroperasi secara bersendirian memproses madu tiruan di rumahnya di Klang dan bergiat aktif hampir dua tahun serta berjaya menipu RM48,000 daripada empat mangsa sebelum ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana kesalahan menipu," jelasnya.


-------------------------------------------------------------------------------------

KRITERIA @ CIRI-CIRI MADU TUALANG TIRUAN
Berikut adalah ciri-ciri madu tiruan yang amat banyak dijual di pasaran dan didakwa sebagai Madu Lebah Tualang.Saudara/saudari jangan terperanjat kerana madu ini juga ada dijual di dalam klinik swasta.Pernah saya menegur seorang doktor di Sungai Buluh yang menjual madu begini(saya demo kan pada beliau)namun beliau tetap menjualnya.Selepas saya keluar dari bilik doktor tersebut kelihatan seorang bapa mendukung anaknya sedang membeli madu tersebut.Alangkah sedihnya hati saya melihat kejadian itu.Madu yang diniatkan untuk dijadikan ubat buat anaknya akan merosakkan organ dalaman anak dan dirinya sekeluarga.Sedangkan sudah terang-terangan saya tunjukkan pada beliau mengapa saya katakan madu itu tidak asli.Apakan daya saya tidak mampu untuk menghalangnya.



Warna tidak sekata
Ada mendapan putih di dasar botol.Dlm madu ada bendasing/kulat terapung.Biasakan jika ingin membeli madu lihatlah dalam botol madu tersebut dengan cara melihat melalui sinar matahari atau lampu yang kuat/terang dibelakang madu. Lihat contoh gambar di bawah:

Buih
Buih putih pekat di atas permukaan madu seolah aiskrim Mc Donald.Hinggakan kalau nak tuang madu pun tak boleh.Buih ciptaan mereka selalu terdiri dari bahan buahan,madu & bahan kimia yang di'blend' halus.

Bau Madu
Bau yang sedikit dan mcm bau gula @ gula merah.Kebanyakan madu tipu mereka masak dan campurkan gula merah,pati buah kurma & air buah pisang serta bahan kimia.Ada juga madu tipu yang gunakan gula sentetik semata-mata(kimia yang dipalsukan menjadi manisan).

Rasa
Rasa gula yang meloyakan dan terasa besi karat.

Penjual
Tiada apa2 pengenalan syarikat atau sticker madu.Walau ada sticker syarikat pun kadang-kadang boleh diragui melalui warna madu,buih,bau & rasa.Banyak sindikit madu mendakwa dari Pahang, pergi menjual madu di pejabat-pejabat,pasar & pasar malam. Sebenarnya mereka adalah warga pendatang Indonesia yang menyamar sebagai rakyat tempatan,kononnya berasal dari Sabah @ Sarawak.Ada juga segelintir penjual madu orang tempatan yang menjual madu,yang mana madu tersebut diambil dari 'orang tengah' yang tidak dikenali.Kemudian melabelkan sebagai madu tualang. Yang paling penting ingatkan ayat ini " JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PENJUAL MADU YANG TIDAK BERPENGALAMAN". Asakkan soalan-soalan yang patut anda tanya kepadanya tentang segala kekhuatiran anda. Lihat cara jawapannya yang teragak-agak dan bola mata yang tidak tepat memandang mata anda. Mungkin anda pada masa itu sedang menjadi mangsanya. Mereka -mereka ini masuk hutan pun tak pernah...bagaimana hendak menceritakan yang sebenarnya. Oleh itu belilah madu pada orang yang 'ahli madu' bukannya orang/penjual yang semata memandang duit anda. Maka orang yang bukan ahli madu selalunya 'terjual' madu yang tidak asli tetapi sebenarnya beliau tidak ada niat untuk menipu pembeli. Cuma selalunya di dalam hatinya sentiasa berdebar-debar takut terjumpa orang yang arif tentang madu. Dan juga hatinya selalu berbelah bagi untuk mengiyakan madu yang dijual itu 100% asli kerana beliau sendiri hanya menerima madu itu dari orang tengah saja.....masuk hutan ikut serta dan melihat sendiri cara pengambilan madu pun tak pernah. Nahhh...tepuk dada tanyanya diri anda, adakah patut anda membeli madu dengan orang yg sebegini.

Selalunya madu yang mereka jual tersebut adalah madu :
1) madu yang bersumberkan lebah yang dibela/ternak.
2) madu ternak dan madu tualang yang dicampur agar jadi banyak dan mendapat untung tinggi.
3) madu tiruan yang dimasak/diadun
4) madu sentetik/gula tiruan

Harga
Harga juga boleh memperlihatkan sesuatu madu itu asli atau tidak.Mengapa saya kata begini, contohnya jika di ambil pada pokok tualang, pokok Tualang adalah sejenis pokok hutan yang amat tinggi.Pokoknya tegak lurus dan kulit pokok yang agak licin.Dahannya hanya bercambah dihujung batang sahaja.Bukan calang-calang orang yang boleh memanjat dan mengambil madu di atas pokok ini.Risiko kematian akibat terjatuh dari pokok amat tinggi untuk berlaku.Kalau diupah pemanjat untuk tujuan mengambil madu memang amat mahal dan ianya berbaloi kepada pemanjat tersebut sesuai dengan keberaniannya.Bagaimana pula dengan bayaran krew pembantu yang lain seramai 4 hingga 7 orang. Mereka mengendalikan operasi menyambut madu yang turun dari pokok, memerah, menapis, masuk ke tong dan seterusnya membawa keluar dari kawasan hutan. Kadang-kadang melalui paya serta jalan hutan yang berbukit-bukau dengan membawa tong berisi madu seberat 40-45kg madu. Ia juga melibatkan perbagai kos termasuk pengangkutan hingga ia dibotolkan dan dilabelkan.Bagaimana pula kos pembelian mesin berelektrik yang ribu-ribu harganya? Kos Pekerja?Adakah logik sebotol madu tualang yang berat bersih 1kg dijual pada harga RM35 @ RM45 @ RM55 @ 65.Kemudian kalau pandai di'tawarkan' boleh turun harga nya kepada RM10-RM30.Logikkah?Jika anda pernah menonton Majalah 3 satu ketika dulu ada memaparkan segmen Madu Tualang.Yang mana seorang pemanjat menyatakan jika ada yang datang membeli di pangkal pokok tualang beliau akan menjualnya pada harga RM80 sebotol 1kg.Nahhh.....Fikirkanlah.





Henti jual madu 'air gula' : KOSMO 05/01/09


Keterangan gambar :Salah sebuah gerai jualan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak yang tidak lagi menjual madu lebah sejak semalam.

KUALA KANGSAR - Ada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang singgah di Hentian Rehat Sungai Perak untuk membeli madu kini terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan hampa.

Semuanya gara-gara beberapa Orang Asli yang menjual madu di situ sudah tidak lagi mengambil stok produk tersebut yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila hasil kajian seorang pakar mendapati ia sebenarnya air gula.

"Kami sudah tidak jual madu lagi, 'bos' tak kasi. Kalau nak beli produk hasil hutan lain, ada kami jual,'' kata seorang penjual Orang Asli yang enggan identitinya didedahkan semalam.

Dia dan beberapa peniaga lain bukan sahaja tidak lagi memperagakan botol-botol madu, malah enggan melayani permintaan pelanggan yang bertanyakan produk tersebut.

Sementara itu, beberapa pengunjung ketika ditemui mahu pihak pengurusan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) campur tangan dan memantau perkara tersebut kerana ia melibatkan imej kemudahan syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu sendiri.

02 January, 2009

Keratan Akhbar Kosmo 02/01/09

'Bukan madu kami'

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA KANGSAR - Beberapa orang penjual madu lebah dari kalangan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak semalam mengakui produk tersebut bukan hasil hutan yang mereka cari sendiri, sebaliknya dibekalkan oleh sebuah syarikat.

Malah, mereka kini tidak lagi memperagakan botol-botol madu itu secara terbuka selepas pendedahan seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM)bahawa kajiannya mendapati madu itu sebenarnya air gula.

Seorang peniaga yang enggan identitinya didedahkan mengakui mereka bukan pencari madu, tetapi ejen jualan sebuah syarikat pembekal yang turut memberi mereka salinan surat perakuan bahawa madu-madu itu produk tulen.