25 August, 2008

MAHA 2008(Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism)

Pada 11-23hb 0gos 2008 telah berlangsung MAHA 2008 bertempat di Exposition Park Serdang.Syarikat kami juga telah dipilih oleh pihak FAMA untuk sama-sama menjayakan ekspo ini yang diadakan pada setiap 2 tahun sekali.Tema pada kali ini adalah PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.Yang mana kami diletakkan di bawah kategori usahawan herba. Sambutan pengunjung selama 13 hari amatlah memeranjatkan.Hampir 50 ribu orang hadir pada hari biasa dan 150 ribu orang pada hari minggu.Saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan Madu Lebah Tualang kami yang datang dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Walaupun terdapat hampir 10 syarikat penjual madu lebah yang terlibat di MAHA 2008 namun syarikat kami masih mendapat tempat di hati mereka.Ini dikatakan rezeki dalam perniagaan....syukur kepada ALLAH.Syarikat madu tualang saya adalah yang terkecil dalam semua hal jika dibandingkan syarikat madu lebah lain yang lebih gah dan berpengalaman.Namun saya berusaha memperkenalkan dan menonjolkan diri walaupun booth kami berhampiran dengan syarikat madu lebah lain termasuk dari FAMA iaitu Agromas. Ramai pelanggan yang membeli berminat untuk menjadi wakil pengedar di kawasan masing-masing.Jika mereka-mereka ini membaca tulisan ini saya menyarankan agar cepat hubungi saya untuk perbincangan dan perlantikan sebagai wakil jualan.Di situ jualan madu lebah tualang saya amat menggalakkan.Mungkin disebabkan faktor kualiti madu tualang dan harga promosi yang ditawarkan juga cara penyampaian info yang berkesan kepada orang ramai yang berminat mengetahui perbezaan madu tulen dan madu tiruan. Di bawah adalah beberapa keping gambar terpilih sepanjang MAHA 2008 diadakan :







Format video: Menguji keaslian madu.



AWAS !!!!!!!!
JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH PENJUAL MADU TUALANG YANG MENGATAKAN MADUNYA TULEN DENGAN MENGUJI PELBAGAI CARA TANPA BUKTI YANG NYATA SEPERTI SEMUT TIDAK MAKAN MADU,LETAK DIKUKU, DIMANCIS, DIPIRING, DAN SEBAGAINYA.
BUKTI YANG NYATA BOLEH DIDAPATI DENGAN CARA MENGUJINYA DIMAKMAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN.

No comments: