13 March, 2008

Kaitan antara ‘semut’ dan madu tualang.

Ramai orang memperkatakan tentang madu yang asli/tulin tidak akan didatangi semut.Mari kita mengupas isu ini untuk mendapatkan jawapannya.

Di dalam madu sebenarnya terdapat lebih dari 172 unsur atau bahan zat yang dikenal pasti.Salah satunya ialah kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) atau belerang yang ada di dalam madu hutan.Di sini saya ringkaskan bahawa apabila kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) lebih tinggi, madu ini akan menyebabkan bahang bagi peminum madu ini di mana badan akan terasa panas(bukannya panas yang boleh memudaratkan.Sebenarnya ia bagus untuk orang tua yang kerap terasa sejuk-sejuk tubuh dan orang yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin). Tembaga atau kuprum (Cu) adalah mineral yang membekalkan haba dalaman (internal heat) pada badan.Ini juga adalah satu faktor utama mengapa pesakit asma amat berkesan jika mengamalkan madu hutan untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit tersebut.
Pada hemat saya, inilah sebab utama mengapa madu hutan ini tidak didatangi semut gula(warna hitam) kerana wujudnya bahang haba madu tersebut. Tetapi jika ‘semut mayat’(semut tersebut berwarna merah dan kecil dari semut gula) akan tetap datang kepada apa jenis madu pun.Kerana semut jenis ini amat tahan lasak.Apa saja yang disukai termasuk mayat manusia,bangkai binatang,lebihan makan di rumah juga pati air buah-buahan.Hatta jika buah durian yang gugur retak di dusun jika dibiarkan hanya beberapa minit telah dipenuhi oleh semut mayat ini.Persoalannya mengapa semut ini datang?
Oleh itu mari kita berbalik kepada penciptaan semut oleh ALLAH.Ia diciptakan suka kepada benda-benda yang manis.Jadi setiap madu asli mengandungi gula asli seperti glucose,sucrose,levoluse,dextrose dan maltose.Jadi apa yang perlu kita persoalkan tentang kehadiran semut pada madu lebah.
Pendapat yang mengatakan madu asli tidak akan dihurungi semut tidak boleh digunapakai sebagai satu alasan yang konkrit.Persoalan di atas menghantui orang ramai kerana menyamakan madu tiruan(dimasuk gula merah dsb nya) dengan madu hutan asli.Ada juga madu hutan yang dihurungi semut tetapi sepertimana yang saya katakana tadi iaitu semut mayat saja yang begitu,jarang sekali semut hitam(kalau madu asli semut hitam datang juga menandakan kandungan sulfur di dalam madu tersebut tidak tinggi).
Diharap penjelasan ini sedikit sebanyak membantu tuan puan dalam mencari jawapan kepada persoalan di atas.Terima Kasih.

No comments: