11 July, 2009

Perahan Madu Tualang Secara Tradisonal


Beginilah keadaan apabila madu lebah dibawa turun dari atas pokok tualang kemudian terus dituangkan atas 'peran' yang dibuat dari kayu2 hutan sekeliling. Terdiri dari batang2 anak pokok yang disusun jarang dijadikan 'table top'. Apabila sarang lebah sialang ini dituangkan di atasnya, lalu sarang tersebut ditekan,dikepal dan dilenyekkan agar madu keluar dan turun ke bawah. Lapisan plastik di bawah akan mengalirkan madu lebah ke dalam takungan tapis kasar pertama. Bahan asing selain madu seperti daun,kulit kayu, lilin lebah, lebah yang mati juga habuk arang/bara akan tersekat di tapisan. Selepas itu madu lebah di dalam baldi tersebut akan dituangkan ke dalam tong air(kalau isi air 35 liter). Tapi kalau madu boleh diisi seberat antara 40-45kg.
Proses ini dijalankan dengan hati-hati dan bersih. Petugas yang ditugaskan untuk memerah sarang lebah mesti menggunakan sarung tangan getah. Lebah sialang yang mati, anak lebah serta bee pollen yang berlebihan dikerat dari sarang dan dibuang bagi memelihara kualiti madu supaya sentiasa terjamin. Ini bermakna kami bawa keluar madu lebah yang berada dalam tong setelah tapisan pertama dibuat.
Seterusnya selepas pulang kami akan menapiskan madu sebanyak 3 kali lagi dengan tapisan halus agar madu bersih dari habuk halus.

No comments: