Kerja-kerja memungut madu lebah tualang kebiasaannya dilakukan pada waktu malam ketika bulan gelap mengikut kalendar Islam. Sesetengah tempat ada juga diambil pada waktu siang. Ini bergantung kepada faktor :
Pemanjat - ada pemanjat yang dah biasa ambil madu lebah pada waktu malam dan tak berani ambil pada waktu siang kerana risiko gangguan lebah sialang yang ganas menggila apabila sarang madu mereka diganggu. Ada juga pemanjat waktu siang yang berani melakukannya tapi bilangan cukup sedikit walaupun tidak ada bantuan bara asap sekali pun.
Keselamatan penduduk kampung berdekatan - terdapat sesetengah pokok yang dengan sarang lebah berhampiran dengan kediaman atau tempat penempatan ladang dsbnya. Oleh kerana faktor ini akan merbahayakan penduduk berdekatan yang mungkin sedang mengusahakan tanaman atau ladang mereka atau pemotong pokok, maka pengambilan pada waktu malam lebih menjadi pilihan.
Gambar waktu malam di atas menunjukkan pemanjat kami yang sedang menghalau lebah sialang turun ke bawah tanah dengan menggunakan bara api dari kulit kayu yang diikat seperti batang penyapu. Setelah itu baru lah sarang lebah sialang dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas khas yang diikat tali. Lalu bekas terisi sarang lebah itu dihulurkan ke bawah. Beberapa orang pembantu akan mengambil sarang lebah tersebut lalu di bawa ke tempat pemerahan. Percaya atau tidak setiap sarang lebah di atas menghasilkan madu lebah yang siap diperah sekitar 20-25kg setiap sarang.
Manakala gambar yang satu lagi(di atas) ini memperlihatkan cara pengambilan madu lebah pada waktu siang di kawasan yang berlainan. Ketika proses pengambilan ini saya dan beberapa pembantu teruk juga diserang dan disengat lebah sialang yang mengganas. Tapi hasil dari beberapa petua yang digunakan begitu mujarab untuk mengatasi bisa lebah yang menusuk tulang. Gambar di bawah adalah ketinggian sebenar Pokok Tualang tersebut.Di dalam bualatan merah pada gambar di bawah ini kelihatan pemanjat baru hendak turun menamatkan tugasnya.
No comments:
Post a Comment