08 July, 2009

Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun

Saya menyarankan kepada ibubapa agar menggunakan madu lebah tualang yang benar2 asli sepertimana keluaran syarikat Syairtimur Enterprise bagi mengatasi masalah batuk dan selsema bagi kegunaan anak-anak serta seisi keluarga.InsyaAllah berkesan.Minumlah Madu lebah Tualang Syairtimur setiap 4 jam sekali ketika mengidap selsema dan batuk. Boleh juga dicampurkan sebelah perahan air limau nipis untuk lebih berkesan.
Ubat moden tidak digalakkan kerana kurang berkesan dan boleh mendatangkan bahaya jika terlebih dos. Kadang-kadang dah berbotol-botol minum pun tapi penyakit tidak berkurangan pun.Nah! yakinlah pada ubat yang diturunkan oleh Allah untuk makhluknya.
Sila klik
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=423911(link bernama dah tutup)tapi saya dah copykan....ada di bawah sekali.

Petikan dari blog seseorang.
Apabila anak-anak terkena selsema dan batuk, seperti ibu bapa yang lain saya dan suami akan membawa anak-anak ke klinik. Cuma semenjak tahun 2008 kami tidak lagi ke klinik yang terdekat dengan rumah seperti yang selalu dilakukan sebelum ini. Sebaliknya kami akan ke sebuah klinik di Wangsa Maju. Hu..hu.. memang jauh nak ke sana dari Shah Alam.

Semuanya bermula apabila seorang saudara kami bercerita tentang cara rawatan berbeza yang diberikan oleh klinik ini bagi merawat batuk dan selsema terutama bagi kanak-kanak. Menurut saudara kami ini kaedah yang digunakan ialah dengan cara menepuk bahagian depan dan belakang dada dan juga ubat yang berbeza dari yang diberikan oleh klinik dan pusat kesihatan biasa.

Pada mulanya saya dan suami agak was-was juga. Tapi apa salahnya mencuba. Kalau rasa tak yakin, lepas tu janganlah ikut… he.. he… he…

Tapi setelah ke sana dan berjumpa dengan doktor yang bertugas, tanggapan kami terus berubah. Menurut doktor di Klinik Wangsa ini, ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun. Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut. Menurutnya, mudah saja… jika seseorang batuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru. Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak. Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru. Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu. Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.

Menurut doktor ini, cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak. Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan. Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak – sudah tentu ia dilakukan oleh doktor.

Doktor di Klinik Wangsa ini juga menunjukkan keratan akhbar NSTP (tapi saya lupa kat mana saya letak paper cutting tu – artikel dikeluarkan pada tahun 2007) yang juga membicarakan isu ini. Tapi tak mengapa, saya cuba surf lagi di NSTP tadi dan terjumpa artikel yang hampir sama dengan yang diberikan oleh doktor tu.


Di bawah adalah petikan dari Bernama online:

Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun
KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor. - Bernama

No comments: