Mendebarkan......walaupun susah dan bahaya tugas mendapatkan madu tualang ini tetapi demi tanggungjawab fardu kifayah ke atas ku untuk kepentingan orang ramai sanggup aku tempuhi.
Harus menempuh sungai yang dalam 5 meter untuk ke lokasi.Satu persatu petugas di hantar menggunakan perahu kecil.


Pohon kayu ara yang sederhana besar sedia untuk dipanjat bagi menurunkan madu lebah yang dikenali sebagai "Madu Tualang".Dipangkal pokok dibelakang saya kelihatan pemanjat sudah memulakan tugasnya.


Krew sedang mengenakan pakaian yg bersesuaian sebanyak empat lapis bagi mengelakkan dari disengat lebah sialang.Namun masih ditembusi juga sengat berbisa lebah betina sialang itu.


Setelah arahan diberikan mengikut citarasa kami segalanya bermula dan saya cepat-cepat mengenakan pakaian 4 lapis serta pelindung kepala dari serangan lebah sialang yang amat ganas.Lebih kurang 8 hari sebelum cerita ini ditulis terdapat 1 kematian di Kelantan yang mana pemungut madu hutan telah diserang dan disengat ratusan ekor lebah madu.

Terdapat lebih kurang 80-100 sarang lebah sialang yang pelbagai saiz.

Pemanjat di sebelah kiri dan kanan adalah pembantu pemanjat(menyambut tong yang penuh madu dan sarang)

Pemanjat sudah hampir ke dahan pokok.


Kerja memungut madu tualang sedang dibuat.Kelihatan tong yg tergantung untuk diisi madu dan sarang nanti.

Anak panah menunjukkan kedudukan pemanjat

Madu tualang dan sarang dimasukkan ke dalam guni(yg mana telah dilapikkan plastik 3 helai supaya tidak bocor.Gambar bawah: selepas guni penuh terisi krew membawanya keluar dari kawasan ke tepi sungai kira2 500 meter jaraknya.




Keadaan di bawah pokok yang mana sebenarnya ia berpaya. Jelas kelihatan sarang anak-anak lebah sialang dan bee pollen terapung di permukaan air setelah dipotong dan dibuang oleh pemanjat yang berada di atas pokok.

Gambar atas dan di bawah ini adalah gambaran kerja-kerja penapisan madu dijalankan. Penapisan kasar dibuat sebanyak 2 kali sebelum madu tualang ini dituangkan ke dalam tong untuk dibawa pulang.Kemudian sebelum ia dibotolkan penapisan halus harus dibuat bagi menjamin kebersihan madu yang dijual tanpa bahan asing lain seperti habuk2 halus dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment