30 August, 2008

CARA MAKAN MADU TUALANG KETIKA BULAN PUASA

Salam.Pertama sekali saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang tak berapa hari lagi akan kita jalani.Juga tak ketinggalan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada esok hari.
Ramai bertanya saya kalau bulan puasa cara makan madu macamana?Ok ikut cara yang selalu saya amalkan ketika ketibaan Ramadhan.

Berbuka Puasa
Tuangkan air sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais ke dalam 1 mug dan dicampurkan dengan 1 setengah sudu(plastik) madu @ 2 sudu lalu dikacau.Amalkan setiap hari ketika waktu berbuka puasa dengan pengambilan buah kurma dan air madu ini.Digalakkan anda bersolat maghrib selepas itu.Ketika anda mengambil wuduk dan bersolat proses peralihan dari madu(gula asli) menjadi tenaga semulajadi berlaku dalam tubuh anda.Selepas bersolat barulah anda teruskan pengambilan makanan yang lain.Madu yang diambil akan menyerap dalam tubuh dalam 15-20 minit kerana sifarnya yang halus.

Anda boleh ulangi meminum air madu ini selepas mengerjakan solat terawih atau sebelum tidur malam.

Sahur
Bangkit saja dari tidur minum 1 @ 2 sudu madu sementara isteri atau ibu kita sedang menyediakan makanan.Jika tak sempat....minumlah madu selepas bersahur.

InsyaALLAH.Jika anda teruskan amalan ini setiap hari ketika menjalani ibadah puasa anda akan merasa kesegaran dan tenaga yang berganda berbanding jika tidak mengambil madu.

Sekian.Selamat Berpuasa.

No comments: