- Subscribekeep updated!
13 January, 2010
SEMINAR AWAM PENGGUNAAN MADU LEBAH ASLI KEBANGSAAN KALI KE 2
Saya baru pulang hari ini dari Kota Baharu, Kelantan kerana menghadiri seminar madu sepertimana yang dinyatakan di atas. Kira-kira 400 orang peserta di seluruh negara hadir untuk menyahut panggilan seminar ini dengan misi dan visi tersendiri.
Seminar ini dianjurkan oleh FAMA dan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Banyak pembentangan laporan dan kajiselidik yang lebih berfocuskan kepada penggunaan MADU LEBAH TUALANG.
Antara tajuk yang dibincangkan sepanjang seminar 2 hari tersebut ialah :
1)Kaedah dan Teknik Pemeliharaan Madu Lebah - Jabatan Pertanian
2)Ciri-ciri Piawaian Madu Lebah Malaysia - Prof. dari Universiti Malaya
3)Rahsia kandungan Madu Lebah Tualang - Prof. dari USM
4)Aktiviti Anti Bakteria Madu Lebah Tualang - DR. dari USM
5)Madu Lebah Tualang dan Penyakit HIV - Dr. dari USM
6)Aktiviti Anti Kanser Madu Lebah Tualang - Prof. dari USM
7)Madu dan Diabetes Melitus - Dr.dari USM
8)Madu dan Rawatan Kelecuran - Prof.dari USM
9)Madu dan Kesihatan Reproduktif Lelaki - Dr. dari USM
10)Madu dan Kesihatan Wanita Menopos - Prof. dari USM
Para penceramah pada setiap tajuk di atas adalah mereka yang bukan calang-calang orang di dalam bidang kepakaran seperti Profesor Biokimia, Prof.Farmakologi, Pakar Mikrobiologi dan Molekular Biologi, Pakar Biologi Sel dan Molekul, Pakar Bedah Rekonstuktif, Pensyarah Jabatan Fisiologi serta Pakar Obstetrik dan Sakit Puan.
Tentu dengan kehadiran mereka yang pakar dalam bidang ini yang mengkaji Madu Lebah Tualang amat diperlukan.Sepanjang pembentangan kajian mereka membuatkan kami para peserta tak sudah-sudah menggelengkan kepala tanda 'tergamam'betapa besarnya khasiat madu lebah khasnya madu tualang yang terbukti khasiatnya LEBIH MENANDINGI DARI MADU MANUKA(NEW ZEALAND).Kajian ini boleh menjawab cakap-cakap mulut orang yang mengamal madu Manuka yang selama ini mengatakan Manuka adalah madu terbaik supaya beralih kepada madu tempatan iaitu Madu Lebah Tualang yang jauh lebih berkhasiat dan jauh lebih murah dari madu Manuka yang amat mahal.
Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mengamalkan Madu Lebah Tualang pada setiap hari kerana terbukti memberikan kesan terbaik kepada sistem pertahanan dalaman tubuh badan dan mencegah dari menerima pelbagai penyakit. Madu Tualang juga membunuh sel-sel jahat(kanser) dan memghidupkan sel-sel baru.
Sesungguhnya...kepada pengamal madu lebah...ANDA MEMPEROLEHI DUA KEUNTUNGAN IAITU KESIHATAN DI DUNIA DAN PAHALA SUNNAH NABI S.A.W.Dijamin dan telah diceritakan di dalam AL-Quran dan Hadith sebagai ubat terulung di dunia. Di bawah terdapat beberapa tajuk pembentangan semasa seminar tersebut.
Artikel 01: Madu Lebah & Diabetes (Kencing Manis)
Oleh: Dr Mohd Suhaimi bin Ab Wahab (USM)
Apa itu Kencing Manis atau Diabetes Mellitus (DM)
Kencing Manis ialah satu keadaan di mana badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang secukupnya atau badan tidak dapat bertindak balas terhadap insulin dengan sempurna. Insulin berfungsi dalam pengawalan glukosa dalam badan. Dalam DM, paras glukosa akan meningkat yang akan menghasilkan beberapa gejala dan komplikasi.
Antara gejala DM ialah kencing banyak, sentiasa dahaga, kekurangan berat badan dan keletihan. DM yang berpanjangan dapat menimbulkan komplikasi-komplikasi seperti masalah mata, buah pinggang dan saraf.
Madu Lebah
Madu Lebah adalah cairan manis yang dikutip oleh lebah dari bunga dan daun pokok lalu dikumpulkan di sarang mereka. Antara kandungan utama ialah air, fruktosa dan glukosa. Madu juga kaya dengan vitamin dan bahan-bahan anti-oksidan seperti katalase, flavonoids, carotenoid.
Madu telah lama digunakan dalam penjagaan kesihatan dan pengubatan penyakit. Oleh kerana madu kaya dengan gula dan Kencing Manis pula penyakit yang berkaitan dengan peningkatan paras gula dalam darah, maka terdapat berbagai pendapat berkenaan dengan penggunaan madu oleh pesakit Kencing Manis. Kajian-kajian saintifik dapat membantu untuk melihat kesab penggunaan madu oleh pesakit kencing manis.
Indeks Glisemik (GI)
GI adalah satu faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan. Makanan yang mempunyai GI yang rendah adalah baik untuk pesakit kencing manis. Madu mempunyai GI yang lebih rendah dari makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti dan ubi kentang.
Kajian perbandingan kesan peningkatan paras glukos dalam darah pesakit kencing manis menunjukkan peningkatan selepas pengambilan madu adalah lebih rendah dari selepas pengambilan glukosa dan sukrosa.
Madu dan Komplikasi Kencing Manis (DM)
Dalam kajian yang melibatkan tikus yang diaruh menjadi DM, tikus yang diberi madu mempunyai paras agen oksidan yang lebih rendah berbanding dengan tikus yang tidak diberi madu. Ginjal tikus DM yang diberi madu menunjukkan kerosakan yang minima berbanding tikus yang tidak diberi madu.
Kesimpulan
Penggunaan madu oleh pesakit kencing manis dapat membantu pengawalan penyakit dan kemungkinan melambatkan penghasilan komplikasi kencing manis seperti kerosakan saraf, masalah mata dan masalah buah pinggang
Banyak persoalan yang kami terima dari pelanggan mengenai madu dan kencing manis seperti bolehkah pesakit kencing manis mengambil madu sebagai makanan kesihatan. Jadi terjawab persoalan ini.. ya.. madu boleh di ambil oleh pesakit kencing manis..tetapi pastikan madu yang diambil adalah madu yang benar-benar asli. Elakkan termakan madu tiruan atau madu sintetik, kadar gula dalam madu tersebut tidak diketahui setinggi mana..akan meningkatkan komplikasi2 penyakit kencing manis.
-------------------------------------------------------------------------------------
Artikel 02: Madu Lebah & Penyakit HIV
Oleh: Dr. Wan Nazirah Wan Yusuf (USM)
"Human Immunodeficiency Virus" atau lebih dikenali sebagai HIV adalah sejenis virus yang menyerang manusia. Ia mula dikesan pada awal tahun 80'an di mana sebilangan "gay" mula mendapat jangkitan kuman dan kanser yang tidak memberikan tindakbalas terhadap rawatan yang diberikan. Ketika itu AIDS belum mendapat nama, tetapi jelas mereka menderita sindrom yang sama.
Pada peringkat awal jangkitan, sesetengah pesakit tidak menunjunkkan sebarang gejala. Pada waktu itu HIV mula membiak di dalam badan dan melemahkan sistem pertahanan badan(imuniti) pesakit. Lama kelamaan sistem pertahanan badan dilumpuhkan sepenuhnya oleh virus HIV memyebabkan badan tidak berupaya untuk mempertahankan diri dari serangan kuman-kuman lain.
Pada individu yang sihat, sistem pertahanan badan mampun menghalang jangkitan kuman dan sekiranya individu tersebut mendapat jangkitan, sistem pertahanan badan mereka dapat melawan jangkitan tersebut dan membolehkan individu tersebut sembuh. Bagi pesakit HIV yang telah lumpuh sistem pertahanan badannya, sebarang jangkitan kuman boleh memudaratkan mereka. Inilah punca kita dapat melihat penyakit yang biasanya tidak berlaku pada individu sihat berlaku di kalangan pesakit-pesakit HIV contohnya 'kaposi sarcoma' sejenis barah kulit, 'pneumocystic carinii pneumonia' dan sebagainya. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat AIDS. Jangkamasa dari pesakit disahkan HIV positif ke peringkat AIDS bergantung kepada keadaan sistem imun pesakit.
HIV boleh dijangkiti melalui hubungan seks, perkongsian jarum suntikan yang tercemar, pemindahan darah yang mengandungi HIV dan dari ibu kepada anak di dalam kandungan.
Mengikut data statistik dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada akhir tahun 2007, jumlah mereka yang hidup dengan HIV/AIDS di seluruh dunia adalah 33.2 juta di mana 15.5 juta adalah wanita dan 2.5juta adalah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Terdapat 7,400 jangkitan HIV setiap hari dan jumlah kematian akibat HIV/AIDS adalah sebanyak 2 juta.
Di Malaysia, HIV/AIDS mula dikesan pada tahun 1986. Dari tahun 1986 hingga 2007, terdapat 80,938 kes jangkitan HIV dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 13,635 dari mereka berada di peringkat AIDS dan kebanyakan mereka adalah lelaki, berbangsa melayu dan berada dalam lingkungan umur 20 hingga 49 tahun. Majoriti kes yang dikesan adalah hasil dari proses saringan yang dijalankan di pusat-pusat Serenti, penjara, klinik ibu mengandung dan ujian yang dijalankan ke atas mereka yang mempunyai pasangan yang disahkan HIV positif. Hanya segelintir sahaja mereka yang termasuk dalam golongan berisiko tinggi menjalankan ujian HIV secara sukarela. Oleh itu kadar jangkitan sebenar HIV di Malaysia dijangkakan adalah lebih tinggi dari statistik yangs sedia ada.
Sehingga kini tiada vaksin yang dapat menghalang jangkitan HIV atau ubat yang dapat menyembuhkan jangkitan HIV/AIDS. Ubat-ubatan yang sedia ada sekarang dikenali sebagai 'anti-retrovirals' hanyalah dapat mengurangkan jumlah HIV dalam badan tetapi tidak dapat menghapuskan virus tersebut secara total. Ini dapat memanjangkan jangkahayat pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan pesakit tersebut. Anti retrovirals ini menpunyai kesan sampingan yang teruk sehingga sesetengah pesakit gagal mengambil ubat-ubatan tersebut secara teratur. Justeru itu, ramai yang telah mengambil keputusan untuk menggunakan rawatan alternatif bagi merawat penyakit HIV/AIDS seperti pengambilan herba, psikoterapi dan sebagainya. Sesetengah rawatan tidak memberikan kesan dan yang lainnya membawa mudharat.
Madu Lebah terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai seperti meningkatkan sistem pertahanan badan, mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi. Pengambilan madu lebah setiap hari dapat meningkatkan 47% kepekatan vitamin C di dalam darah. Di dalam Al-Quran ada disebutkan khasiat madu lebah di dalam surah An-Nahl: ayat 68-69 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok kayu dan juga di bangunan yang didirikan manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai)serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu (dengan itu) akan keluarkan dari badannya minuman(madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit). Sesungguhnya yang demikian itu adalah tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"
Pesakit HIV mungkin mendapat manfaat dengan mengambil madu setiap hari di mana madu lebah berfungsi sebagai supplemen membekalkan zat dan nutrien kepada badan serta membantu meningkatkan imuniti (sistem pertahan badan) pesakit. Sehubungan dengan itu, kami (para penyelidik) sedang mengkaji kesan pengambilan madu lebah tualang terhadap pesakit HIV dengan melihat kepada kualiti hidup mereka. Sebahagian keputusan yang didapati akan dibentangkan semasa seminar akan datang.
Kesimpulan :
Sejak zaman berzaman, madu lebah telah digunakan sebagai pengubatan untuk pelbagai penyakit sama ada ianya digunakan secara tunggal atau menjadi salah satu ramuan untuk menjadi ubatan herba tertentu. Pengambilan madu lebah setiap hari dapat mempertingkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan pelbagai penyakit. Jelas lah Allah telah menngistiharkan madu adalah salah satu penawar pelbagai jenis penyakit(rujuk Surah An-Nahl:68-69).
Kemungkinan pengambilan madu lebah di kalangan pesakit HIV dapat meningkatkan kualiti hidup mereka dan mengurangkan komplikasi jangkitan kuman dan serta memanjangkan jangka hayat mereka. Pastikan anda mendapatkan madu tualang yang benar-benar asli.
-------------------------------------------------------------------------------------
Artikel 03: Aktiviti Anti-Kanser Madu Lebah Tualang
Oleh: Profesor Madya Dr. Nik Soraini Yaacob (USM)
Kanser merupakan satu penyakit daripada penyakit yang paling lazim berlaku di dunia. Sebenarnya satu daripada empat kematian dianggarkan berpunca daripada penyakit kanser. Di Malaysia, kanser payudara merangkumi 30% daripada kanser yang didiagnos pada wanita manakala kanser usus dan kanser paru-paru adalah yang paling lazim untuk kaum lelaki. Walaupun begitu kanser payudara masih merupakan kanser yang terbanyak berlaku di Negara kita, mengatasi kanser-kanser jenis lain yang terjadi di kalangan wanita mahupun lelaki.
Pembentukan kanser melibatkan kecacatan fungsi sistem pertumbuhan sel. Proses pertumbuhan serta pembentukan tisu dan organ dalam badan memerlukan pembahagian sel. Sel-sel mempunyai jangka hayat tertentu dan secara lazimnya, pembahagian sel normal dikawal rapi dan sel-sel baru hanya terbentuk untuk pertumbuhan atau bagi menggantikan sel-sel yang telah mati. Hampir kesemua sel dalam badan mengandungi molekul DNA (asid deoksiribonukleik) di dalam nukleusnya. DNA mengandungi segala maklumat yang diperlukan untuk membentuk serta mengawal pertumbuhan dan fungsi setiap sel. Kerosakan DNA boleh mengganggu proses kawalatur ini. Sebagai contoh, kerosakan DNA menyebabkan berlakunya mutasi (iaitu kecacatan tertentu pada DNA) boleh mengakibatkan kehilangan fungsi normal sel serta organ manusia.
Kanser terhasil daripada mutasi DNA yang berlaku melalui tindakan pelbagai agen. Walau bagaimanapun, hanya segelintir mutasi menyebabkan kanser kerana kebanyakan kerosakan pada DNA boleh dibaiki oleh sel. Agen yang menyebabkan kanser dinamakan karsinogen, contohnya bahan radiasi, serta bahan kimia dalam asap rokok dan makanan. Mutasi juga boleh berlaku secara genatik(diwarisi). Disebabkan mutasi, sel kanser berfungsi secara abnormal dan membahagi di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser yang berleluasa boleh mengganggu pertumbuhan lain dan fungsi sel normal. Sebenarnya beberapa kombinasi mutasi diperlukan sebelum terhasilnya sesuatu sel kanser dan tidak semua mutasi mengakibatkan pembentukan kanser.
Sel-sel yang lama/tua atau tidak lagi berfungsi lazimnya terhapus dengan sendiri melalui kematian terancang - iaitu proses yang dinamakan 'apoptosis'. Namun sel-sel kanser mengelak daripada proses apoptosis dan tidak mati, malahan terus membahagi untuk membentuk berjuta-juta sel kanser yang seterusnya merosakkan tisu dan organ dalam badan kita. Yang lebih membahayakan adalah kemampuan sel-sel kanser untuk berhijrah ke lokasi-lokasi lain di dalam badan dan membentuk tapak kanser baru.
Buat masa kini, rawatan utama bagi kanser melibatkan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Tujuan kemoterapi dan radioterapi adalah untuk membunuh sel kanser dengan menggunakan drug(dadah) sitotoksik, hormon atau radiasi dengan dos yang tinggi. Tetapi kesan sampingan lazim berlaku kerana rawatan drug ini tidak dapat disasarkan hanya kepada sel-sel kanser kerana sel-sel normal yang sedang membahagi pada kadar yang tinggi juga boleh termusnah. Rawatan radiasi juga boleh menyebabkan penghapusan sel-sel normal berhampiran sel-sel kanser yang sedang dirawat. Sesetengah sel kanser menjadi rentan(kebal) kepada rawatan yang diberi menyebabkan sel-sel ini tidak terhapus tetapi terus membahagi mengaikabatkan kanser berulang.
Kajian terhadap madu tualang bertujuan mengenalpasti sama ada ia dapat membunuh sel-sel kanser atau membantu mengurangkan penggunaan dos drug/radiasi yang diperlukan bagi membunuh sel-sel kanser sekiranya madu boleh menjadikan sel kanser lebih sensitif terhadapa rawatan tersebut. Kajian juga boleh mengenalpasti sama ada madu boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan kanser. Sebenarnya kajian terdahulu mencadangkan bahawa madu mengandungi pelbagai komponen yang mempunyai aktiviti anti-oksidan, anti-inflamatori serta anti-kanser.
Penyelidik-penyelidik di USM menunjukkan bahawa madu lebah Tualang mempunyai pelbagai aktiviti anti-kanser. Kesan sitotoksik oleh madu ini berlaku ke atas beberapa jenis sel kanser yang dikultur(ditumbuh) dalam makmal. Sel kanser yang dirawat dengan madu ini menjalani proses apoptosis yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel tersebut. Tambahan pula, madu lebah Tualang dapat meningkatkan ransangan kematian sel-sel kanser payudara oleh drug tamoxifen, iaitu salah satu drug yang digunakan dalam kemoterapi. Proses kematian sel ini dirangsang melalui mekanisme pengisyaratan tertentu di dalam sel yang mendorong sel tersebut mati melalui apoptosis.
Kajian ke atas tikus-tikus makmal yang diberi madu lebah Tualang pula mendapati kanser payudara sama ada mengecil, membesar lebih perlahan atau pembentukannya berlaku lebih lewet berbanding tikus yang tidak diberi makan madu lebah Tualang. Pengurangan salur darah ke lokasi kanser serta peningkatan jumlah sel imun di keliling sel-sel kanser juga berlaku, sekaligus menyekat pembahagian sel kanser.
Kajian-kajian tersebut menunjukkan potensi penggunaan madu lebah Tualang sebagai suplemen dalam terapi kanser. Namun begitu, perlu dinyatakn bahawa penyelidikan-penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu yang menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut. Kajian mengesahkan bahawa madu lebah Tualang tidak memberi kesan negatif terhadap pembentukan serta fungsi sel-sel normal dan dapat mengurangkan dos drug kemoterapi atau radiasi yang diperlukan untuk membunuh sel-sel kanser dalam pesakit dan seterusnya mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan tersebut ke tahap yang minima.
Secara kesimpulannya kajian ke atas sel-sel kanser dan tikus makmal mendapati bahawa madu lebah Tualang mempunyai antara lainnya aktiviti antikanser berikut:
- Kesan sitotoksik ke atas beberapa jenis sel kanser yang dikultur di dalam makmal dan membolehkan kematian sel kanser melalui proses apoptosis.
- Proses kematian sel dirangsang melalui mekanisme pengisyaratan tertentu dalam sel
- Saiz kanser payudara yang telah terbentuk dalam tikus makmal menjadi sama ada mengecil, membesar dengan lebih perlahan atau terbentuk lagi lewat berbanding tikus yang tidak diberi madu lebah Tualang
- Pengurangan saluran darah ke lokasi kanser boleh menyekat pertumbuhan sel kanser
- Peningkatan jumlah sel imun di keliling sel-sel boleh merangsang pembunuhan sel kanser oleh sistem imun.
Kesimpulan:
Walaupun kajian madu tualang dalam merawat pelbagai penyakit kanser masih peringkat awal kajian, namun sebagaimana yang kita ketahui, madu lebah tualang sudah lama menjadi supplemen sebagai makanan kesihatan, yang penting pengambilan madu berterusan tiada kesan sampingan malah meningkatkan taraf kesihatan individu. Pastikan madu yang anda ambi setiap hari adalah madu lebah tualang yang benar-benar asli.
------------------------------------------------------------------------------------
Artikel 04: Madu Lebah & Kesihatan Reproduktif LelakiOleh: Dr. Mahaneem Mohamed (USM)
Madu lebah adalah satu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah. ianya dihasilkan dari manisan atau nektar yang dihisap oleh lebah pada bunga-bungaan dan pucuk daun muda. Manisan yang telah dihisap disimpan dalam pundi manisan. Ia kemudiannya disimpan di dalam sarang lebah sehingga matang. Warna dan kandungan madu adalah berbeza mengikut jenis bunga dan pucuk daun pokok yang dihinggap oleh lebah. Secara umumnya, madu mengandungi air, gula seperti glukos dan fruktos, enzim seperti katalase dan glutathione reduktose, zat mineral seperti zat besi, zink dan kalsium, vitamin seperti vitamin A, C, dan E serta antioksidan seperti flavanoid dan asid phenolik.
Penggunaan madu dalam kesihatan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu. Sejak akhir-akhir ini, minat dan kajian mengenai madu ini dalam perubatan telah mendapat perhatian oleh para penyelidik di seluruh dunia termasuklah penyelidik dari universiti tempatan. Penggunaan dan kajian madu dalam pengubatan luka, lecur akibat kebakaran dan infeksi kuman telah dilaporkan. Walaubagaimana pun, kajian mengenai madu ke atas kesihatan reproduktif lelaki amat kurang dilaporkan walaupun terdapat penggunaan madu ini secara tradisional untuk kesihatan reproduktif lelaki di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Kesihatan reproduktif lelaki selalunya dikaitkan dengan kesuburan lelaki dalam menghasilkan anak atau zuriat. Kesuburan ini adalah bergantung kepada keupayaan seseorang lelaki itu memindahkan spermanya ke dalam organ reproduktif perempuan di mana sperma tersebut berupaya untuk mempersenyawakan telur atau ovum untuk membentuk anak atau zuriat. Perkara ini secara saintifiknya bergantung kepada struktur dan fungsi organ reperoduktif yang normal sama ada pada lelaki atau perempuan. Pada lelaki, organ reproduktif yang penting adalah testis, epididimis, kelenjar prostat, kelenjar vesikel semen dan zakar.
Di India, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Malaha ada yang mengambil madu bersama jus halia atau bawang putih dan telur mentah setiap malam untuk meningkatkan kelakian mereka. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan "Mead" dan terdapat amalan di kalangan pengantin lelaki dan perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah diambil bersama bahan lain seperti telur ayam kampung, bawang merah, rempah ketumbar dan buah kemiri. Ianya dipercayai untuk memekatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.
Setakat ini masih belum ada laporan kajian saintifik yang dijalankan ke atas pesakit. Walaubagaimana pun kajian ke atas tikus jantan yang normal telah menunjukkan bahawa pemberian madu lebah dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3-4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma. Kajian juga telah dijalankan pada tikus jantan yang juga didedahkan kepada asap rokok. Di dapati pemberian madu lebah dari Malaysia (Madu Lebah Tualang) telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan kepada tikus betina dan seterusnya berupaya menghasilkan anak. Selain dari itu, terdapat peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal. Paras antioksidan di dalam testis tikus tersebut telah meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang. Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksik asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.
Kajian saintifik tersebut yang dilakukan dengan menggunakan model haiwan iaitu tikus didapati menyokong kepercayaan tradisional mengenai kebaikan penggunaan dalam kesihatan reproduktif lelaki. Walaubagaimana pun, kajian ke atas pesakit adalah amat perlu untuk memastikan keberkesanan penggunaan madu ini di samping menentukan dos dan cara pengambilan yang berkesan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SYAIRTIMUR ENTERPRISE
- MAHA INTERNATIONAL 2010
- GALERI GAMBAR / FOTO
- HUBUNGI KAMI
- PEMBELIAN MADU TUALANG SYAIRTIMUR
- BROCHURE MADU SYAIRTIMUR
- FAKTA MADU TUALANG/SIALANG
- SIFAT MADU TUALANG
- UJIAN KETULENAN MADU TUALANG
- MADU TUALANG PALSU / TIRUAN
- CIRI-CIRI MADU TIRUAN
- MAHA 2008 (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism)
- ZAKAT PERNIAGAAN
Carian
PERINGATAN PENTING!
BERHATI - HATI DENGAN MADU TIRUAN KHASNYA MADU TUALANG YANG BERLELUASA DIPASARAN SEKARANG. MADU TIRUAN/PALSU TELAH DICAMPURKAN DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MENGAKIBATKAN MASALAH ORGAN DALAMAN SEPERTI BUAH PINGGANG, HATI DAN JANTUNG.
LIKE PAGE KAMI
Followers
Harga Madu Syairtimur
Pengumuman :
Bermula 1 Mac 2016 Madu Syairtimur tampil dengan harga yang terbaru.... Tidak menjadi kesalahan jika wakil pengedar/agen Madu Tualang Syairtimur mengenakan caj penghantaran ke pintu rumah anda yang mana caj tersebut telah dipersetujui bersama.
Madu POSLAJU terdapat 2 jenis iaitu :
1) Madu Tualang Sumatera
( 2kg RM240, 1KG RM120 dan 500g RM65)
2) Madu Tualang Malaysia
(950g RM190 dan 500g RM105).
Caj Kos penghantaran:
Semenanjung Malaysia :
Tiada caj penghantaran buat masa ini.
Sabah dan Sarawak :
Sedikit caj dikenakan bagi menampung caj sebenar iaitu :
Setiap madu 500g - RM10
Setiap madu 1kg - RM15
Setiap madu 2kg - RM30
Berminat Menjadi Pengedar?
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI PENGEDAR/AGEN MADU TUALANG SYAIRTIMUR CALL ZAMRI 013 3640161 ATAU EMAIL :
syairtimur@gmail.com.
Keuntungan pasti akan menyebelahi anda dengan tawaran diskaun sebagai pengedar madu tualang tulen(Madu Syairtimur) bermula 20 % sehingga 50 %.
Modal paling rendah bermula dengan RM280 saja.
(selepas diskaun 20%)
APA TUNGGU LAGI !!!!!!!! Di luar sana orang ramai mencari dan perlukan madu tulen. ANDA sebagai wakil syarikat tampil membantu disamping dapat mempertingkatkan ekonomi diri dan keluarga.
syairtimur@gmail.com.
Keuntungan pasti akan menyebelahi anda dengan tawaran diskaun sebagai pengedar madu tualang tulen(Madu Syairtimur) bermula 20 % sehingga 50 %.
Modal paling rendah bermula dengan RM280 saja.
(selepas diskaun 20%)
APA TUNGGU LAGI !!!!!!!! Di luar sana orang ramai mencari dan perlukan madu tulen. ANDA sebagai wakil syarikat tampil membantu disamping dapat mempertingkatkan ekonomi diri dan keluarga.
Mari kita bersama-sama berganding bahu membantu masyarakat mendapatkan madu tulen dan memerangi penjual madu tiruan di pasaran dan mengatakan "TIDAK" kepada mereka.
Madu Kacip Fatimah - Untuk wanita.
Madu POSLAJU - Berat 2Kg
MADU TUALANG SACHET(kegunaan 30hari)
MADU PREMIUIM - TIRIS
Tualang Super - SEJAT
Tualang Gold-Hutan Malaysia
KELULUT SYAIRTIMUR 700g
KELULUT SYAIRTIMUR 330g
Kelulut Sachet
Sabun Wajah dan Badan
Lilin dari Sarang Lebah
Kiosk Di Giant Sek 13 Shah Alam,S'gor
Berniaga di dlm kawasan Masjid Wilayah, K.L.(Anjung B)
PESANAN KAMI
MEMBELI MADU TERUTAMA MADU TUALANG TULEN HARUSLAH PADA ORANG YANG AHLI MADU. KERANA KAMI ADALAH AMAT BERPENGALAMAN SEBAGAI PENCARI MADU DAN PENJUAL TERUS KEPADA PARA PENGGUNA. INILAH MADU HUTAN SEGAR TANPA DIPROSES(MADU MENTAH 100%-HANYA DITAPIS SAHAJA).
PESANAN KAMI KEPADA ANDA :
"JANGAN MUDAH PERCAYA PADA YG TIDAK BERPENGALAMAN".
PESANAN KAMI KEPADA ANDA :
"JANGAN MUDAH PERCAYA PADA YG TIDAK BERPENGALAMAN".
No comments:
Post a Comment