13 January, 2010

MADU SYAIRTIMUR - LABEL BERWAJAH BARU







Sudah kira-kira 2 bulan madu tualang saya menggunakan label sticker yang terbaru dari segi 'design' dan nama. Sebelum ini dikenali sebagai MADU LEBAH TUALANG sahaja. Tetapi kini dengan nama baru iaitu sebagai MADU SYAIRTIMUR, diambil sempena nama syarikat ini, Syairtimur Enterprise. Sepertimana yang diketahui terdapat 7 rekabentuk botol madu dengan 5 saiz iaitu 1kg(kaca dan botol plastik), 600g, 500g(kaca dan botol plastik), 300g dan 150g. Mungkin selepas ini akan ada pertambahan saiz botol madu yang dijual serta rekabentuk yang berlainan sepertimana yang ada sekarang. Pendek kata saya cuba perbagaikan saiz dan rekaan botol dengan maksud dan tujuan tertentu.

Tahun ini akan ada beberapa lagi perubahan sedikit demi sedikit dari segi operasi harian syarikat. Saya juga akan teropong peluang yang ada dan cuba membuka beberapa kiosk Madu Syairtimur sebanyak yang mungkin pada tahun ini. Memandangkan bekalan madu saya yang banyak tanpa putus maka hasrat ini harus ditunaikan agar orang ramai semakin mudah untuk mendapatkan Madu Syairtimur. Dari segi harga jualan masih tetap begitu tanpa kenaikan walaupun kos operasi semakin bertambah.Ini bagi memastikan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara harus diutamakan agar semua orang sihat dan maju.

No comments: