30 August, 2008

CARA MAKAN MADU TUALANG KETIKA BULAN PUASA

Salam.Pertama sekali saya nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang tak berapa hari lagi akan kita jalani.Juga tak ketinggalan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada esok hari.
Ramai bertanya saya kalau bulan puasa cara makan madu macamana?Ok ikut cara yang selalu saya amalkan ketika ketibaan Ramadhan.

Berbuka Puasa
Tuangkan air sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais ke dalam 1 mug dan dicampurkan dengan 1 setengah sudu(plastik) madu @ 2 sudu lalu dikacau.Amalkan setiap hari ketika waktu berbuka puasa dengan pengambilan buah kurma dan air madu ini.Digalakkan anda bersolat maghrib selepas itu.Ketika anda mengambil wuduk dan bersolat proses peralihan dari madu(gula asli) menjadi tenaga semulajadi berlaku dalam tubuh anda.Selepas bersolat barulah anda teruskan pengambilan makanan yang lain.Madu yang diambil akan menyerap dalam tubuh dalam 15-20 minit kerana sifarnya yang halus.

Anda boleh ulangi meminum air madu ini selepas mengerjakan solat terawih atau sebelum tidur malam.

Sahur
Bangkit saja dari tidur minum 1 @ 2 sudu madu sementara isteri atau ibu kita sedang menyediakan makanan.Jika tak sempat....minumlah madu selepas bersahur.

InsyaALLAH.Jika anda teruskan amalan ini setiap hari ketika menjalani ibadah puasa anda akan merasa kesegaran dan tenaga yang berganda berbanding jika tidak mengambil madu.

Sekian.Selamat Berpuasa.

25 August, 2008

MAHA 2008(Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism)

Pada 11-23hb 0gos 2008 telah berlangsung MAHA 2008 bertempat di Exposition Park Serdang.Syarikat kami juga telah dipilih oleh pihak FAMA untuk sama-sama menjayakan ekspo ini yang diadakan pada setiap 2 tahun sekali.Tema pada kali ini adalah PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.Yang mana kami diletakkan di bawah kategori usahawan herba. Sambutan pengunjung selama 13 hari amatlah memeranjatkan.Hampir 50 ribu orang hadir pada hari biasa dan 150 ribu orang pada hari minggu.Saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan Madu Lebah Tualang kami yang datang dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Walaupun terdapat hampir 10 syarikat penjual madu lebah yang terlibat di MAHA 2008 namun syarikat kami masih mendapat tempat di hati mereka.Ini dikatakan rezeki dalam perniagaan....syukur kepada ALLAH.Syarikat madu tualang saya adalah yang terkecil dalam semua hal jika dibandingkan syarikat madu lebah lain yang lebih gah dan berpengalaman.Namun saya berusaha memperkenalkan dan menonjolkan diri walaupun booth kami berhampiran dengan syarikat madu lebah lain termasuk dari FAMA iaitu Agromas. Ramai pelanggan yang membeli berminat untuk menjadi wakil pengedar di kawasan masing-masing.Jika mereka-mereka ini membaca tulisan ini saya menyarankan agar cepat hubungi saya untuk perbincangan dan perlantikan sebagai wakil jualan.Di situ jualan madu lebah tualang saya amat menggalakkan.Mungkin disebabkan faktor kualiti madu tualang dan harga promosi yang ditawarkan juga cara penyampaian info yang berkesan kepada orang ramai yang berminat mengetahui perbezaan madu tulen dan madu tiruan. Di bawah adalah beberapa keping gambar terpilih sepanjang MAHA 2008 diadakan :







Format video: Menguji keaslian madu.



AWAS !!!!!!!!
JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH PENJUAL MADU TUALANG YANG MENGATAKAN MADUNYA TULEN DENGAN MENGUJI PELBAGAI CARA TANPA BUKTI YANG NYATA SEPERTI SEMUT TIDAK MAKAN MADU,LETAK DIKUKU, DIMANCIS, DIPIRING, DAN SEBAGAINYA.
BUKTI YANG NYATA BOLEH DIDAPATI DENGAN CARA MENGUJINYA DIMAKMAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN.

05 August, 2008

TESTIMONI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya berharap dan memohon pertolongan kepada semua pengguna madu keluaran syarikat Syairtimur Enterprise agar dapat menyumbangkan serba sedikit cerita tentang kesan madu tualang ini ke atas diri anda/anak/keluarga atau sesiapa yang meminumnya.
Kisah benar anda akan saya paparkan di sini bertujuan untuk membuktikan betapa hebatnya Madu Tualang Syairtimur dengan kuasa dan izin Allah telah menyembuhkan penyakit atau masalah yang dihadapi anda.
InsyaAllah penyumbang cerita akan saya berikan hadiah misteri sebagai tanda terima kasih dari saya.
Jangan lupa berikan nama, alamat, umur, no telefon, cara penggunaan madu atau apa-apa yang anda rasa patut untuk disampaikan kepada para pembaca.
Emailkan terus testimoni anda kepada syairtimur@gmail.com.

Rata-rata penyumbang kisah benar di bawah tidak membenarkan no tel dan alamat mereka dipaparkan di ruangan ini atas sebab-sebab tertentu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


from : Kamaluddin AbdGani
to : syairtimur@gmail.com dateTue, Mar 1, 2011 at 4:31 PM

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya dimanakah boleh saya membeli madu syairtimur dikawasan Ampang (Taman Kosas)? sebelum ini saya mengidap sakit perut selama 7 bulan dan telah pergi ke pakar Hospital Ampang Puteri dan tidak berubah.
Selepas saya membeli (150g) dan mengamalkan madu syairtimur yang dibeli semasa kuliah maghrib di salah satu masjid ditaman kosas yang dibawa oleh seorang ustaz, Alhamdullilah dengan izin Allah ada perubahan dan saya ingin membeli lagi untuk diamalkan setiap hari dan juga mungkin ingin menjadi pegedar bagi kawasan Ampang.

T.Kasih

Kamaluddin Abd Gani
Office Equipment Coordinator
Administration & Services Department
Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd
2nd Floor Wisma Technip,
241 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur Malaysia
Tel +603 2116 7888 / DL +603 2781 6601
G Fax +603 21167999 / D Fax +603 21459321
E-mail kamalg@technip.com
www.technip.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azura, Kuantan Pahang
Saya mengenali En Zamri sejak dari 1991 lagi ketika beliau menjual madu di ITM Shah Alam. Tak sangka beliau masih lagi dalam bidang ini selepas terserempak dengan beliau ketika lalu di kiosk madu nya di Ampang Point pada awal 2008. Sejak itu saya tak lepaskan peluang untuk sentiasa memastikan kami sekeluarga mengamalkan Madu Tualang Syairtimur setiap hari.
Tiga anak saya yang bersekolah pagi dan petang tidak lagi mengadu letih kerana mengejar masa untuk bersekolah kerna amalan minum madu pagi, tengahari dan malam sebelum tidur membantu menambahkan tenaga mereka.
Malah saya dan suami telah mengamalkan menggunakan madu tualang ini sebagai pemanis dalam setiap air minuman kami(menggantikan gula pasir yang melalui proses kimia yang ternyata tidak menyihatkan seseorang terutama mereka yang telah melepasi umur 30 an)
Syabas kepada En Zamri kerana usaha beliau membantu orang ramai mendapatkan madu lebah tualang yang benar2 asli dan tulen. Saya yakin dengan beliau kerana saya kenal diri dan perwatakannya sejak di ITM lagi. Beliau memang suka aktiviti yang lasak dan melibatkan hutan dan kerana itulah beliau pernah di tauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Sultan Johor satu ketika dulu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hamidah, Staf TM HQ K.Lumpur
Salam buat semua pembaca. Saya mula menggunakan Madu Syairtimur apabila En Zamri kerap membuat promosi madunya di Menara TM K.Lumpur. Sejak saya mengamalkan madu tualang ini saya merasakan tahap kecergasan saya dan daya tahan dari penyakit semakin bertambah. Contohnya dulu saya kerap dilanda demam selsema apabila musim selsema mula di pejabat, pasti saya akan terima wabak ini. Tapi sejak saya amalkan madu ini wabak selsema ini macam nak kena tapi selepas 1 @ 2 hari tak jadi kena….pelikkan!!!
Kedua, dulu kalau ada meeting di pejabat selepas 1 jam berlalu mesti saya mula mengantuk, tapi sekarang saya mampu dan bersemangat sehingga meeting habis walaupun 4 jam…syukur pada Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rosli, Muar Johor
Saya telah mengamalkan madu yang dijual Zamri sejak 13 tahun lepas. Masa tu tak ada cap lagi pada botol. Kalau tak silap beliau jual madu tualang dari Bengkalis ketika itu. Sekarang ini keadaan semakin berubah termasuk wajah label madu beliau, sudah ada nama Madu Syairtimur. Punca saya tertarik dan setia makan madu beliau ialah kerana pengalamannya. Semestinya beliau adalah pencari dan pemburu madu ketika ini. Ini lah point utama saya dan keluarga yakin dengan ketulenan madu belaiu.
Paling saya suka bab kencing malam di tempat tidur yang dihadapi oleh 3 anak lelaki saya. Pada mulanya apa yang dicakapkan oleh Zamri saya tak percaya, tapi lepas sebulan anak-anak saya amalkan barulah nampak kesannya. Alhamdulillah sekarang kencing di tempat tidur tiada berlaku lagi…tapi ade juga berlaku, setahun sekali kot. Kira o.k la…berbanding sebelum ini tiap 2 minggu mesti ada nya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abdul Rahman, Jalan Duta K.L
Saya berumur 45 tahun dan menghadapi masalah kelakian saya yang tidak sempurna. Masalah ini mungkin membantu sebagai contoh kepada orang lelaki lain yang seperti saya. Masalah ini berlanjutan hampir 2 tahun sejak kebelakangan ini. Puas saya cuba berubat, tapi ia bersifat sekejap saja tempoh pulih. Maksudnya saya macam kurang bernafsu dan alat kelamin tidak menegang keras dengan sempurna.
Satu ketika saya solat Jumaat di Masjid Wilayah K.L dan terserempak En Zamri yang sedang menjual madu beliau. Selepas Solat Jumaat hampir 20 minit saya perhatikan apa yang cuba disampaikan(maklumat) kepada orang ramai yg kelilingi beliau. Selepas orang tiada saya rapatkan diri dan meluahkan apa yang berlaku kepada En Zamri. Teringat kata-kata beliau “Bang, saya bukannya tabib, saya hanya pencari dan penjual madu saja, tapi saya minta abg yakin pada ubat(madu) yang Allah turunkan ini. Abg amalkan saja pagi, tghari dan malam…jangan putus. InsyaAllah apabila aliran darah dalam badan abg sempurna maka insyaAllah akan sempurnalah alat kelamin tersebut”
Mmg benar….dalam tempoh 2 minggu saya amalkan perubahan ketara berlaku. Saya rasakan kelakian saya seperti dulu semula dan isteri saya juga mengiyakannya. Juga petua minum madu 2 sudu besar 1 jam sebelum ‘bersama isteri’ terbukti banyak membantu saya. Sekarang sudah hampir setahun saya amalkan Madu Syairtimur, tapi baru-baru ini dah ada pek madu besar dengan membeli pek penjimatan(madu 2kg RM200). Terima Kasih dan bersyukur kepada Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Puan Lina dari Cheras

Assalamualaikum WBT..

Awal tahun 2010, saya ada kena bengkak di tepi hidung seperti bisul...bila dipegang ia mmg sakit...saya juga mengidap sakit perut ketika kedatangan haid..sakit perut yg teramat sangat...sehingga menggigil satu badan...saya juga sering lesu dan kepenatan...lebih2 lagi saya sedang menyusukan anak bongsu...

Sebelum ni saya pernah makan madu(bukan madu syairtimur) tetapi sudah lama tidak membelinya...Saya tergerak untuk mengamalkan madu semula....lalu saya memilih untuk membeli Madu Syairtimur dari ejen di Cheras iaitu Pn Norhati Hasrat.

Sejak amalkan Madu Syairtimur,dengan izin Allah SWT, bengkak di tepi hidung hilang , sakit perut berkurangan dan saya merasa lebih selesa... badan lebih bertenaga...susu badan semakin lancar...

Sekarang saya sekeluarga mengamalkan makan Madu Syairtimur. Semua anak2, saya beri makan sesudu madu sebelum mereka ke sekolah...juga sebelum tidur.

Suami saya juga ada belikan ibunya Madu Syairtimur.Sebelum tu ibu mertua batuk teruk dan sakit urat tidak bermaya sehingga tidak larat untuk bergerak... sudah ke klinik tapi keadaan masih belum baik...lalu suami cadangkan ibunya mencuba makan Madu Syairtimur.....setelah habis botol ketiga, dia semakin sihat dan boleh melakukan kerja2 rumah...sejak itu, setiap kali madu dah nak habis, dia akan suruh anaknya membelikan madu untuknya...

Alhamdulillah..saya benar2 yakin dengan Madu Syairtimur..

Pn Lina
0132301XXX

Tak perlu siarkan no phone…Saja nak berkongsi pengalaman.Tkasih.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



from: Nor Hati Hasrat 
to: syairtimur@gmail.com
date: Mon, Jun 24, 2013 at 4:02 PM
subject: Testimoni madu + habbatussawda
Salam

Saya telah mengamalkan madu tualang ini lebih dari 2 tahun, hasilnya saya lebih bertenaga dan alhamdullilah lebih sihat.
Testimoni daripada pelanggan saya;

1)       Pengasuh anak saya - Saya syorkan makan satu sudu madu bersama satu titik minyak habbatussawda kerana semasa tu terkena keracunan makanan, badan cepat beransur pulih dan slps itu dia mengamalkan setiap hari pagi dan malam. Maklumbalas darinya ; Dia rasa badan dia lebih sihat
2)       Suami pengasuh – kerap batuk berpanjangan dan berkahak walaupun dah ambil pil buang kahak, kahaknya akan kembali semula. Sejak amalkan Madu + minyak habbatussawda, tiada batuk, kahak, badan lebih sihat dan segar alhamdullilah…
3)       Anak saya – ada sejarah asthma sejak kecil. Akan mula menyerang bila batuk mula, bila dia mula batuk saya bagi terus madu + habbatussawda, alhamdullilah esoknya batuk tiada dan sihat. Alhamdullilah…
4)       Saya sendiri, mmg mengamalkan madu + habbatus sawda setiap hari pg dan malam. Tapi kalau saya terasa penat pada hari tersebut, saya akan madu 2 sudu atau lebih untuk keperluan, terutama sebelum tidur, alhamdullilah esoknya saya bangun segar dan tidak penat. Ajaib tapi itulah kebesaran Allah atas ciptaanNya
5)       Kawan saya – selalu penat kerana kerja rumah (tiada maid) dan bekerja. Saya syorkan juga madu dan ambil lebih madu bila penat. Maklumbalasnya – dia lebih segar dan tidak penat pada keesokkan harinya
6)       Kawan saya – selalu kerap mimpi yang menakutkan dan ada gangguan, pernah membaca artikel sekiranya mengambil madu, makhluk2 halus juga tidak suka dan panas untuk berdamping dengan kita. Alhamdullilah, sejak dia makan madu, tiada lagi gangguan mimpi buruk dan menakutkan dan dia lebih ceria.

Ini yg saya ingat, nnt kalau ada saya cerita lagi yea…
Yang pasti;
1)       Allah Maha Pencipta – apa yg tersurat di dalam Al Quran itu adalah benar dan kita patut yakin akan kehebatan setiap ciptaanNYA, alhamdullilah kita dikurniakan penawar terbaik dari Allah dari alam semulajadi


Tkasih - 0133414583



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Madu Tualang dari Madu Syairtimur banyak membantu saya dalam membentuk keyakinan diri. Terbukti pada diri saya yang mana ia membantu mengembalikan keremajaan kulit. Menjadikan kulit lebih lembut & halus. Menegang & melicinkan kulit. Membantu mengatasi masalah kulit. Jika terkena luka di kulit selalunya saya sapu sedikit madu lebah tualang . Hasilnya cukup memuaskan kerana luka cepat tertutup dan sembuh juga tidak tinggalkan parut yang memalukan saya sebagai seorang wanita.

Malah amalan meminum madu setiap hari banyak membantu kitaran haid saya yang tidak menentu sebelum ini. Sekarang saya dah boleh meneka pada tarikh bila saya akan ‘datang bulan’. Beberapa rakan pejabat yang alami masalah seperti ni apabila saya beritahu agar cuba minum Madu Syairtimur mereka amat berpuashati dengan keputusan mereka.

Juga kadang-kadang saya sapukan madu,limau nipis dan putih telur ayam kampong terus ke keseluruh kulit muka 3 hari berturut-turut(waktu lepas magrib hingga sebelum tidur dibilas air panas suam) pada tiap bulan. Dengan amalan ini tak perlulah saya nak berbelanja duit ratusan ringgit untuk membeli produk-produk kecantikan lain yang tidak menentu hasilnya.

Saya sarankan agar orang ramai terus menerus menyokong Madu Syairtimur kerana ia memang terbukti berkesan kepada pengamalnya. Yang penting kita harus yakin ubat yang Allah turunkan ini. Nak cerita bab agama berkaitan dengan madu memang saya tak reti….tapi ini sekadar cerita untuk dikongsi.

Jika testimoni saya terpilih harap saudara zamri hubungi alamat yang saya berikan ini dan tolong jangan paparkan bersama ho hp saya juga. En Zamri faham-faham aje la …say tak mahu diganggu dengan panggilan lain pula.tkasih.

Siti Hazlina Shamsuddin
Kuala Terengganu.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah, Penyakit Athritis yang saya sengsara selama 10 tahun ini hilang bila saya minum Madu Tualang. Memang saya tak sangka….sbab dah banyak ubat saya cuba…ni yang serasi. Tangan dan jari saya yang kebas pun dah hilang. Disamping dapat mengembalikan kesihatan, boleh pulak tambah pendapatan dengan kenalkan Madu Tualang Syairtimur pada kawan-kawan, maksud saya jadi agen le. Sekurang-kurangnya kami sekuarga dapat le minum madu tanpa keluarkan modal sendiri…tapi hanya melalui keuntungan jualan pada kawan-kawan lain.

Mohd Hafiz Hussein


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nizam….Kampung Baru, K.L

Saya telah menghidap penyakit kanser paru-paru. Doktor kata stage 3, sebelum ini badan saya lemah dah cepat letih tetapi setelah kawan saya perkenalkan Madu Tualang Syairtimur ini , saya terus minum dan amalkan. Setelah 3 minggu saya jumpa doktor, buat scan didapati paru-paru saya semakin pulih. Sekarang saya rasa badan saya semakin kuat dan penyakit saya semakin sembuh. Saya akan terus minum madu ini sampai bila-bila kerana baru-baru ini pun saya dapat tahu melalui kajian yang dibuat oleh USM madu tualang adalah agen pencegah/penyembuh kanser yang terbaik.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya mengalami masalah pada hati dan doktor memberi saya bermacam ubat untuk dimakan. Dalam masa yang sama saya mungkin alahan pada ubat menyebabkan seluruh badan mengalami bengkak, tumbuh bisul, bernanah dan mengeluarkan bau busuk. Setelah minum Madu Tualang Syairtimur selama 1 bulan, kulit saya telah pulih sepenuhnya. Kini kulit saya telah bersih dan pulih dari masalah tersebut. Menurut sebuah buku yang say baca kmgknan ia melibatkan darah saya yang kotor…jadi madu lebah membantu membersihkannya dan menyembuhkan apa yang bermasalah dalam tubuh badan…tapi yang penting mesti cari madu yang tulen…klo tidak kita lagi teruk…

Yazid Tantawi
Manjung Perak.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anak rakan saya berumur 28 tahun, dimasukkan ke hospital di Ipoh kerana Demam Denggi. Dia telah tidak sedarkan diri selama 5 hari dan Doktor minta pihak keluarga bersedia menerima kententuan jika tidak ada harapan untuk hidup. Saya memberikan Madu Tualang Syairtimur sebagai cubaan terakhir. Kami memberinya dengan 2 sudu madu dicampurkan dalam air dan beliau muntah tetapi kami terus beri madu dan air berkali-kali sehingga keesokannya beliau sedar…. bangun dan minta ke bilik air. Memang satu yang ajaib.

Man Tenuk, Ipoh.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya kini jarang mendapat selsema dan tidak bersin lagi. Dah lama saya mengidap selsema dan bersin. Makan macam-macam tak juga hilang. Saya dah mula minum Madu Syairtimur dari awal tahun ini. Asma saya pun dah lama tak datang. Saya sangat yakin ini adalah kesan dari minum Madu Tualang Syairtimur yang sangat tinggi khasiatnya. Syukur kehadrat Illahi.

Sabariah Bujang, Sabak Bernam.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nama saya Ayu. Saya seorang ibu yang berumur 32 tahun. Sejak awal mengandung saya sudah mengamalkan makan Madu Syairtimur. Alhamdulillah, sejak mengamalkannya saya tidak menghadapi “morning sickness” serta kurang muntah-muntah. Anak-anak saya juga dilahirkan dengan mudah, kerana setiap kali sebelum melahirkan di dalam “labour room” saya akan meminum segelas air madu suam dan 2 @ 3 biji kurma nabi sebagai penambah tenaga. Kebaikan pada anak-anak pula, saya tidak menghadapi anak yang kencing malam. Saya juga mengamalkan meminum madu dicampur jamu semasa didalam pantang, dan hasilnya saya dapat mengekalkan berat badan seperti sebelum mengandung.
Anak-anak saya sering mengamalkan meminum Madu Syairtimur sejak kecil. Saya memberi anak-anak saya minum madu setiap pagi dan malam. Selain untuk kecerdasan otak, ia juga terbukti berkesan pada sistem tubuh anak-anak yang mempunyai kulit yang bersih dan licin. Anak-anak juga lebih aktif bila makan madu ini. Jangkitan Selsema dan batuk juga jarang anak hadapi…kalau ada pun macam jadi tak jadi je…hanya sekejap saja kemudian pulih.

Sungai Buluh, Selangor.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam
Nama saya Syam dan merupakan agen Madu Syairtimur kawasan Cheras. Ingin berkongsi cerita berkenaan pelanggan saya seorang wanita yg mempunyai masalah fibroid. Saya dah lupa berapa besar ukuran fibroid beliau tapi ketika beliau ceritakan memang ia agak besar. Setelah pelanggan wanita ini menghabiskan Madu Syairtimur 500g beliau buat pemeriksaan sekali lagi dengan doktor.Berlaku keajaiban yang mana doktor terperanjat mengapa fibroid wanita ini sudah mengecut.Doktor pun bertanya apa yg membuat fibroid nya mengecut. Wanita ini puas cuba mengingatkan ubat apa yg dimakan beliau...akhirnya beliau mengesahkan hanya Madu Syairtimur yang beliau amalkan.Saya pun tanya pada nya cara amalan yang dilakukan dengan madu ini. Di sini kita berkongsi pengalaman berguna ini iaitu beliau memberitahu saya tiap kali beliau minum Madu Syairtimur tiap kali itulah ia didahului dengan memulakan bacaan ayat Al-Quran berkenaan surah lebah iaitu Surah Nahl ayat 69.
Jelas disini bahawa jika kita yakin dengan ayat Allah dan apa yang diturunkan maka akan ada sesuatu buat kita yang mengamalkannya.Mungkin pengamal Madu Syairtimur yang lain boleh mencuba kaedah ini sebelum minum madu...InsyaAllah.

Terima Kasih
Syam 019-3951873

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


From: Yusri yusri_latib@yahoo.com
Date: 2011/12/29
Subject: Terima kasih untuk produk madu
To: "syairtimur@gmail.com"


Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana mengeluarkan produk madu ini. Demam selsema dan batuk kami sembuh dengan izin الله dengan mengamalkan resepi dan amalan madu dan ayat القران tanpa perlu merujuk klinik. Badan kami sengsara akibat terlalu banyak kimia ubat moden masuk ke dalam badan kami.

Semoga perniagaan tuan bertambah untung dan berkat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sejak saya mengamalkan Madu Syairtimur  terasa 2 perbezaan ketara pada saya:

1) Tahap kecergasan bertambah
2) Tahap rabun  mata saya semakin menurun

Saya call En Zamri tadi kerana saya nak bawa bekalan Madu Syairtimur ke UK next week kerana menetap di sana selama 2 tahun dan berbincang cara agar ketika saya di sana tidak putus bekalan. Malah suami saya juga mahukan madu abg kuat untk di bawa ke sana juga. Tolong kirakan jumlah wang dan berikan saya no akaun utk saya bank in duit. Harap dapat hantar pada minggu depan kerana 15hb saya dan keluarga dah berangkat.

Tkasih
Zamiyah
Negeri Sembilan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

from: Azrul Huda Bt. Rosli AzrulRosli@hlib.hongleong.com.my
to: zamri zakariah
date: Sun, Nov 18, 2012 at 10:29 PM
subject: RE: Re:

Terima kasih.

Sya mmg pengguna madu tualang encik zamri sejak 3 taun yg lepas..

Mungkin sebab sya minum madu tiap pagi sejak 3 taun lepas, sya kurang alahan mcam waktu mengandung dulu2

Insyaallah sya akan teruskan minum madu sampai bila2


Huda


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Asma



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Sakit Lutut dan Demam




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Letih Lesu dan Batuk





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah tidak sihat, tidak bertenaga...bagus untuk warga emas mengamalkannya.







-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengekalkan kecergasan dan kesihatan.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah tenaga,letih dan lesu. Bagus untuk tenaga batin.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah tidak bertenaga dan lendir berkahak di tekak.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah sukar mendapatkan zuriat.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah penghadaman dan kulit muka kering



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah lemah tenaga badan, kerongkong dan mengantuk.






-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah kecergasan dan batuk.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah kesegaran badan dan demam.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah Asma yg kronik.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah kesihatan dan asma.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengekalkan kecergasan dan kesihatan.






-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masalah perut - cirit birit.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah  lelah dan kesihatan.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










29 April, 2008

MADU TUALANG : Ujian Makmal di MARDI Serdang

Saya masukkan copy sijil ujian madu hutan asli ini ke dalam blog ini apabila diminta oleh beberapa pelanggan yang mahukan blog saya padat dengan maklumat.Bagi memenuhi permintaan tersebut maka saya tunaikan janji mulut ini untuk tatapan pelanggan dan pembaca.Jika tuan puan perasan banyak web yang menjual madu meletakkan sijil ujian mereka tetapi macam acuh tak acuh saja kerana apa butir yang tertulis pun kita tak nampak.Itu kira ok la berbanding yang langsung tak ada ujian tersebut.(klik image untuk zoom in)
Madu Lebah Tualang kami telah menjalani ujian makmal di Food Chemical Analysis Laboratory, MARDI Serdang pada 11 Feb 2008. Madu Lebah Tualang kami adalah terjamin sebagai madu lebah hutan asli yang kaya dengan pelbagai khasiat dan kelebihan.Ia bersumberkan dari ribuan bunga hutan yang tumbuh melata. Kami tidak terlibat/menjual madu lebah tiruan yang memudaratkan orang ramai dan juga tidak menjual madu lebah peliharaan.Malah kami menentang penjualan madu lebah tiruan yang berleluasa dan kami muncul bagi membantu orang ramai mendapatkan madu lebah dari Pokok Tualang yang asli 100% segar tanpa diproses.Juga kami mengambil langkah membantu orang ramai bagaimana memilih madu lebah asli dan tips mengenal madu tiruan. Sila baca artikel saya sebelum ini tentang madu tiruan dan madu asli.Terima Kasih.


AWAS !!!!!!!! JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH PENJUAL MADU YANG MENGATAKAN MADUNYA TULEN DENGAN MENGUJI PELBAGAI CARA TANPA BUKTI YANG NYATA SEPERTI SEMUT TIDAK MAKAN MADU,LETAK DIKUKU, DIMANCIS, DIPIRING, DAN SEBAGAINYA. BUKTI YANG NYATA BOLEH DIDAPATI DENGAN CARA MENGUJINYA DIMAKMAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN.

23 April, 2008

PEMBUAT MADU TUALANG TIRUAN DITANGKAP








Sila klik : http://www.youtube.com/watch?v=b54PYVBN_7w

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Sebelum ni dah banyak orang kena tipu puluhan ribu ringgit berhubung dengan perniagaan madu lebah.Tapi si penipu ni bijak menghilangkan diri selepas madu tiruan di hantar kepada mangsa dan menerima habuan wang tunai.
Ceritanya sama sahaja.Sebab saya pun telah didatangi oleh sindikit ini untuk menjual madu dalam kuantiti yang banyak kepada saya.Supaya tuan/puan di luar sana tidak ditipu maka saya turunkan/dedahkan taktik si penipu ini lakonkan agar urusniaga ini nampak real berdasarkan pengalaman saya, pelanggan madu lebah tualang saya juga seorang jiran saya yang hampir ditipu RM39,000.00 apabila saya berkeras menegahnya berurusan dengan orang begini.

1)penipu ini akan menelefon anda mengatakan beliau ada madu lebah dalam kuantiti yang banyak untuk 'ditolak' kepada yang berminat untuk buat duit dgn senang.Kebiasaannya orang yang menjadi target mereka adalah terdiri dari peniaga atau orang yang berduit(duit boleh buat duit).Madu tersebut dari Ulu Tembeling,Pahang.Orang asli yang panjat dan ambil dari pokok tersebut.
2)Penipu ni kata pembeli madu ni dah ada...orang Singapore.Jadi kita boleh dapat untung atas angin je....iaitu bayar duit ni pada si penipu(kononnya dia ni orang tengah kepada orang asli)dan dalam masa 1 @ 2 hari dia akan bawa orang Singapore yang akan beli madu tu pada harga yang tinggi(1 tong madu boleh dapat untung hingga RM2500.Kalau 30 tong...tentu kaya tu.
3)Mangsa akan dihantar bertong-tong madu ke rumah dan si penipu ini mahu cash saja kerana orang asli tak mahu terima cek.Penipu ni janji akan bawa orang Singapore tu sedikit hari lagi.
4)Mangsa pun call penipu nie selepas 2 @ 3 hari kerana tak sabar-sabar nak dapat untung atas angin...."mana pulak orang singapore ni".Alangkah terperanjatnya apabila no hp si penipu ni telah ditamatkan perkhidmatan dan si penipu ini ghaib tak muncul lagi.
5)Padahnya berlambak-lambaklah tong madu dalam rumah mangsa.Duit pun hangus.

Untuk pengetahuan tuan/puan sindikit ini adalah warganegara asing yang cakapnya bunyi macam orang melayu tapi sebenarnya ..bukan.Kalau kita dah terperasan cara cakapnya,si penipu nie cepat2 kata dia berasal dari Sabah @ Sarawak....Oleh itu berwaspadalah kita.Di bawah ini saya copykan artikel dari beberapa akhbar berhubung penangkapan dalang pembuat madu tiruan di Ampang Selangor.

METRO - 19/04/08
Peniaga jual madu tiruan silap mangsa.
AMPANG: Niat seorang pelukis jalanan untuk meraih keuntungan berganda sekali gus menjadikan dirinya kaya dalam sekelip mata, terbantut apabila cubaannya menjual 54 tong madu lebah tiruan terbongkar berikutan rasa curiga bakal pembeli terhadap keaslian madu itu.Difahamkan lelaki terbabit, seorang warga Indonesia berusia 40-an, ditahan polis ketika cuba menjual madu tiruan itu yang dipercayai campuran gula melaka kepada seorang guru yang turut menjalankan perniagaan madu lebah secara sambilan di sebuah restoran di Taman Kosas di sini, baru-baru ini.Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten komisioner Abdul Jalil Hassan, ketika ditahan lelaki terbabit membawa 54 tong madu yang bakal diserahkan kepada pembeli menggunakan sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lagi warga Indonesia.“Keseluruhan rampasan bernilai hampir RM135,000 membabitkan rampasan madu tiruan, oleh itu pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan urusniaga khasnya yang berkaitan pembelian madu lebah.
“Dipercayai ramai lagi yang sudah menjadi mangsa dan diharapkan mereka tampil untuk membantu kami menyelesaikan kes penipuan ini,” katanya.
Suspek bijak memancing mangsa supaya membeli madu itu dengan mengatakan seorang pembeli dari Singapura sudah sanggup membelinya dengan harga lebih tinggi.Mangsa juga dikatakan mendapat keuntungan lebih sekali ganda iaitu sebanyak RM2,000 bagi setiap tong jika berjaya menjualnya kepada pembeli dari Singapura itu.Bagaimanapun, pembeli yang meragui kewujudan madu itu, ditambah pula dengan tawaran harga yang dianggap terlalu murah iaitu hanya RM1,000 setiap tong berbanding harga pasaran RM3,500 setong, mangsa meminta bantuan sahabatnya yang mengesahkan ia madu tiruan.Hasil soal siasat membawa sepasukan anggota polis ke rumah suspek yang turut dijadikan pusat memproses bekalan madu tiruan di Klang, Selangor.Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan dan akan didakwa mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan, atas tuduhan cubaan menipu.


Utusan Malaysia
Warga asing jual madu tiruan ditahan.
AMPANG JAYA 19 April - Polis menahan seorang lelaki warga asing ketika cuba menjual 54 tong madu tiruan dengan harga RM 54,000 iaitu RM1,000 setong kepada seorang mangsa di sebuah restoran di Taman Kosas, Ampang di sini 4 April lalu.
Pemeriksaan mendapati keseluruhan 216 liter madu yang dikatakan sebagai asli itu sebenarnya cecair hasil campuran gula merah dan air tebu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan ketika cuba berurus niaga dengan seorang mangsa, seorang guru berusia 33 tahun di restoran tersebut.
Menurutnya, taktik suspek ialah cuba memperdayakan mangsa kononnya harga sebenar satu tong ialah RM3,500 dan dia bersetuju memberi potongan harga sehingga RM1,000 setong.
"Dia cuba menagih simpati dengan memberitahu mangsa dia perlu menjual semua tong madu itu untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya," katanya ketika di- temui di Balai Polis Ulu Klang di sini semalam.
Tambahnya, mangsa yang bimbang ditipu sebenarnya telah memaklumkan kepa- da polis sebelum hari urus niaga tersebut.
Katanya, pada hari kejadian, dia bersama seorang rakannya pernah diperdaya untuk menguji madu tersebut sama ada tulen atau sebaliknya.
"Rakannya kemudiannya mendapati madu itu palsu berdasarkan kelikatan cecair berbanding madu asli, mangsa terus menghubungi polis dan pihak kami telah mengambil tindakan," ujarnya.
Abdul Jalil memberitahu, polis yang tiba di situ kemudian mendapati semua 54 tong madu tiruan yang akan dijual itu disimpan di sebuah lori muatan tiga tan milik suspek.
"Siasatan mendapati suspek beroperasi secara bersendirian memproses madu tiruan di rumahnya di Klang dan bergiat aktif hampir dua tahun serta berjaya menipu RM48,000 daripada empat mangsa sebelum ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana kesalahan menipu," jelasnya.

15 April, 2008

JAWATAN KOSONG : PEMBANTU JUALAN DI KIOSK AMPANG POINT,SELANGOR

As'kum tuan/puan.
Saya sedang mencari seorang wanita iaitu sebagai pengganti staf sedia ada yang bekerja sebagai pembantu jualan di kiosk Madu Lebah Tualang di Ampang Point. Jika ada saudara,jiran atau kenalan tuan puan yang berminat untuk mengisi/bekerja di lokasi berkenaan.....bolehlah hubungi hp saya iaitu 013-3640161(zamri). Waktu bekerja ialah 10pg - 10mlm, 6 hari seminggu.

Terima Kasih

12 April, 2008

Bagaimana untuk menguji keaslian madu tualang?


Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu tualang samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
1)Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.Pastikan botol madu tersebut berlabel, syarikat berdaftar, ada alamat,no telefon penjual,email ,web dsb nya.
2)Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat/tajam,selepas minum madu terasa mahu berdehem dan mempunyai bau wangi aroma bunga hutan dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat. Pastikan warna madu juga sekata.Maksudnya dari atas hingga dasar botol warna madu yang sama,tidak berbelang atau bahagian atas warna dan bawah tidak sama.
3)Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan kekadang dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
4)Ada gelang propolis/pollen di bahgian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.
5)Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna kemungkinan besar ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.