17 March, 2010

PENGUMUMAN PENTING

Assalammualaikum Kepada Semua Penggemar Madu Tualang Syairtimur.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya tidak lagi membekalkan madu tualang asli kepada mana-mana peniaga sejak 3 bulan kebelakangan ini. Maka dengan ini jika terdengar atau terdapat peniaga yang menggunakan nama dan perniagaan saya demi untuk kepentingan bisnes mereka, sila laporkan kepada saya untuk saya ambil tindakan sewajarnya. Atau lebih tepat terdapat 1 @ 2 peniaga madu tualang di luar sana yang menggunakan nama saya kononnya madu tualang jualan mereka seolah-olah saya yang bekalkan. Tujuan mereka berbuat demikian agar pelanggan semakin yakin dengan madu tualang yang dijual olehnya.
Oleh itu pelanggan-pelanggan yang saya hormati dapatkan bekalan "madu tualang tulen yang sebenar" melalui belian Madu Tualang Syairtimur sahaja. Lain daripada itu kami tidak bertanggungjawab akan ketulenanannya.

Sekian. Terima Kasih.

Updated 26/10/10

....................................................................................

DIBUNUH LEBAH BETINA

Saya telah ditemuduga oleh wartawan akbar Kosmo berhubung kematian terbaru seorang lelaki yang kematian akibat serangan lebah.Berita penuh seperti di bawah.

Rujuk akbar KOSMO 7 November 2010 mukasurat 18 dan 19.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

LEBAH mungkin akan menjadi haiwan yang paling diingati oleh Khersiyah Engku Hassan, 51, ibu lima anak di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu.

Peristiwa suaminya, Din Ali bergelut dengan serangan sekumpulan lebah di depan matanya sehingga menemui ajal baru-baru ini tentu sukar dilupakan.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, pasangan suami isteri itu berjalan pulang selepas menoreh getah di kebun mereka.

Ketika berjalan kaki, seekor lebah hinggap di pipi Khersiyah lalu dia menamparnya sehingga mati.

Sejurus selepas itu, muncul sekumpulan lebah yang tidak tahu dari arah mana terus menyerang dan menyengat mereka berdua.

Ia berlaku begitu pantas. Dalam keadaan kelam-kabut itu, Din mengarahkan agar mereka berpecah. Khersiyah melihat suaminya terjatuh beberapa kali ketika cuba menyelamatkan diri daripada amukan segerombolan lebah itu.

“Kaki kiri suami saya pernah patah akibat kemalangan. Dia juga mengalami sakit jantung dan kencing manis,” ujar Khersiyah.

Din, 54, akhirnya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Hospital Kemaman selepas terkena sebanyak 102 sengatan di muka dan badannya.

PADA kebanyakan masa, lebah tidak menyerang manusia kerana manusia bukan makanan serangga itu.

“Saya tidak tahu kenapa lebah tersebut menyerang kami, tapi saya rasa ia mungkin disebabkan saya telah membunuh seekor lebah yang hinggap di pipi saya,” ujarnya yang hanya dimasukkan ke wad hospital semalaman ekoran sengatan serangga itu.

Lain pula ceritanya dengan seorang pencari madu lebah, Zamri Zakariah, 37. Zamri sudah lali terkena sengatan lebah.

Katanya, setiap dua bulan sekali, apabila dia ke hutan mencari madu pasti dia akan disengat serangga itu.

Bisa

Kata Zamri, bila disengat lebah, dia memang akan tersentak kerana ia seperti jarum yang menusuk ke tubuh. Ia meninggalkan kesan bengkak.

“Kalau kena sengat lebah, saya biarkan sahaja. Takkan bunuhnya. Kalau saya bunuh, dalam seminit dua percayalah akan ada beratus ekor lebah menghurung saya,” katanya.

Menurutnya, jika terkena sengatan di bahagian sendi tubuh, sakitnya seperti sampai ke tulang. Rasa sakitnya boleh dirasai sampai lima hari.


HANYA lebah betina boleh menyengat mangsa.

“Apabila diserang lebah, elakkan bergerak kerana lebah amat sensitif terhadap benda bergerak. Jangan berlari sebaliknya cari semak dan menyorok. Meniarap juga boleh menyelamatkan diri.

“Mencari sungai atau kolam dan terjun ke dalamnya boleh membawa risiko bahaya lain,” katanya yang juga Pengarah Operasi sebuah syarikat pengeluar madu lebah, Syairtimur Enterprise.


Menurut pensyarah dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengkaji tentang lebah, Datuk Prof. Dr. Makhdzir Mardan, jika mengambil kira isi padu dengan nisbah tubuh, lebah disifatkan lebih berbisa daripada ular.

“Cuma volum atau amaun bisa yang dikeluarkan seekor lebah lebih rendah.

“Jika sekawan lebah menyengat seorang manusia, bisa yang dihasilkan sudah tentu akan lebih kuat daripada seekor ular,” kata Makhdzir ketika dihubungi Jurnal.

Bagaimanapun, Makhdzir berkata, dalam 90 peratus kes, lebah tidak menyerang manusia. Ini kerana ia bukan serangga penyerang dan manusia bukan makanannya.

Ia adalah serangga yang bertugas menghimpun polen, manisan dan nektar. Ia hanya makan madu bunga dan debunga.

Lebah hanya menyerang jika ia terancam. Menurut Makhdzir, kebanyakan sebab ia menyerang adalah apabila diserang helang atau gangguan lain seperti dikacau manusia.

BAHAGIAN tubuh seekor lebah. Sengat yang berbisa terletak di hujung abdomen.

“Lebah yang menyerang dan boleh menyengat hanyalah lebah betina,” ujarnya sambil memberitahu kebanyakan mangsa serangan lebah ialah penoreh getah.

“Lebah yang berasa terancam akan mengeluarkan satu penggera feromon untuk memberitahu rakan-rakannya. Feromon juga boleh melekat pada bahagian tubuh manusia yang disengat.

“Oleh itu, jika seekor lebah telah menyengat di satu bahagian tubuh, lebah-lebah lain yang datang akan cenderung menyengat di bahagian yang sama,” katanya yang memberitahu bau feromon itu seperti bau pisang masak.

Makhdzir menambah, sungguhpun lebah itu mungkin menyerang manusia hingga mati, lebah yang menyengat itu juga akan mati.

“Apabila menyengat, lebah akan mengeluarkan sepertiga daripada pundi racunnya dan ada ototnya yang tertanggal, menyebabkan sistem tubuhnya terjejas dan mati.

“Lebah ialah serangga kamikaze yang sanggup terkorban demi melindungi ummahnya,” ujar Makhdzir.

Updated 07/11/2010

.....................................................................................

Pembukaan Cawangan Baru(kiosk)

Pembukaan cawangan baru : Giant Klang Sentral Meru, Klang
Dibuka secara rasmi pada tarikh 12/8/2010 setelah tarikh 29/07/2010 tidak dapat dicapai kerana banyak yang tak siap lagi...almaklum la bangunan baru.

Penutupan cawangan : Cawangan Madu Syairtimur di Giant Kelana Jaya telah ditutup setelah banyak perkara dinilai. Maka kami buat keputusan untuk tutup di Kelana Jaya dan buka baru di Giant Klang Sentral.

Sekian.

Updated 3/8/2010.

.....................................................................................

Pembukaan kiosk di R & R Ulu Bernam dan Giant Kelana Jaya
Pembukaan cawangan Madu Tualang Syairtimur ini adalah memenuhi permintaan pelanggan di sekitar P.J dan Kelana Jaya yang mahukan bekalan madu tualang tulen. Ribuan terima kasih kepada pelanggan yang setia sama-sama menyokong produk saya. Secara tidak langsung membantu kami bertahan lama berniaga madu tualang di dalam hypermarket seperti Giant yang mana tuan puan sedia maklum kadar sewanya yang agak mahal. Jika saya tidak dapat bertahan(pembayaran sewa serta gaji pekerja) maka penutupan kiosk madu tualang terpaksa dilakukan sepertimana sebelum ini. Bukan bermakna kami kalah tetapi inilah dinamakan strategi perniagaan. Bijak bertindak dan menilai.

Updated 15/5/2010

-------------------------------------------------------------------------------------

Kiosk Di Giant Hypermarket Kelana Jaya
Bertarikh 08/05/10 satu lagi cawangan Madu Tualang Syairtimur dibuka iaitu di Kiosk No 7, G Floor,Giant Kelana Jaya. Yang mana panduan untuk ke kiosk kami ialah berdekatan atau berdepan dengan kedai COSWAY.

Updated...10/5/2010

madu tulen madu asli
ketulenan madu
lebah sialang


------------------------------------------------------------------------------------

Kiosk Madu Tualang Syairtimur Di Ulu Bernam
Alhamdulillah sudah hampir seminggu rasanya kiosk madu tualang tulen ini di buka(11/3/2010). Bertempat di Kompleks Agrobazaar FAMA, Kawasan Rehat Ulu Bernam(Menghala ke K.L). Sambutan jualan madu tualang amat baik dari pengguna lebuhraya tersebut. Terutama sekarang adalah hari cuti sekolah.
Terdapat beberapa penambahbaikan harus dibuat ke atas kiosk madu tualang ini agar nampak lagi menarik. Kami akan updatekan nanti. Beberapa keping gambar yang boleh dikongsi bersama ada disertakan.Terima Kasih.

MADU TULEN

kelebihan madu tualang

lebah sialang apis dorsata

pokok tualang
pembekal madu tualang
pencari madu tualang

Waktu malam di kiosk Madu Tualang Syairtimur di Ulu Bernam

04 March, 2010

Himpunan Madu Syairtimur

CARA NAK BELI MADU TUALANGSaiz botol 600g & 300g.

mana nak cari madu tualang Saiz botol besar 1kg, 500g dan 150g.

penjual madu tualang
POSLAJU PERCUMA(tanpa caj penghantaran)
Tong plastik kuat/lasak untuk dipos ke alamat pengirim terdiri dari 2 saiz iaitu 1kg(RM110) dan 500g(RM58). Boleh dijadikan sebagai hadiah untuk orang tersayang contohnya hadiah bagi si pengantin baru atau kaum keluarga di kampung(buat ayah dan ibu tersayang anda!). Cara buat tempahan ialah:

Sila bank in cthnya madu tualang 1kg RM110 ke dalam akaun atas nama ZAMRI BIN ZAKARIAH seperti di bawah :

Maybank : 164258394290
CIMB : 14230018331520
RHB : 11225500208414

Selepas bank in sila sms kepada saya 013-3640161,nyatakan:
Nama Penuh:
Alamat Penuh Penghantaran :
No hp penerima :
Akaun di bank in :MBB/CIMB/RHB
No Rujukan :
Tarikh Bank in :

Contoh sms :
Zaidah Bte Zakariah.Batu 6 Parit Samsu, Jln Temenggong Ahmad 84150 Muar Johor.013-3301795.CIMB RM110.Bank in 18/5/10 jam 4 petang.

Apabila confirm wang telah diterima maka InsyaAllah pada hari tersebut @ keesokkannya juga urusan poslaju akan dibuat.Anda akan menerima produk Madu Tualang Syairtimur 1 @ 2 hari selepas itu.

beli madu tualang cara pos
Himpunan produk Madu Syairtimur. InsyaAllah sedikit hari lagi kami akan mengeluarkan Madu Syairtimur(Tualang) + Tongkat Ali + Ubi Jaga khas untuk kaum lelaki. Seterusnya Madu Syairtimur(Tualang) + Kacip Fatimah khas untuk kaum wanita. Nantikan......tunggu pengumumannya.

madu tualang sebenar

01 March, 2010

Mati kerana serangan lebah

Mati kerana serangan lebah
Mati kerana serangan lebah