20 July, 2009

MICCOS 2009(MALAYSIA INTERNATIONAL COMMODITY CONFERENCE & SHOWCASE

Pameran ini akan diadakan pada 13-16/08/09 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Selangor atau tempat di mana berlangsungnya MAHA 2008. Dijemput anda dan seisi keluarga ke sana untuk melihat pameran besar peringkat antarabangsa ini. Jangan lupa ke booth madu lebah kami di dewan D bernombor D1005 & 1006 atas nama syarikat SASS JITU ENTERPRISE. Rebutlah peluang ini untuk mendapatkan potongan harga madu lebah tualang kami yang benar-benar hebat....benar-benar murah. Yang anda sendiri tidak menyangkakan....sepertimana harga madu lebah tualang yang kami berikan di MAHA 2008...atau mungkin lebih murah dari itu.
Kami sanggup 'buang' harga madu lebah kami agar orang ramai dapat bersama kami merasakan madu lebah tualang dari hutan rimba yang tulen dan segar.

16 July, 2009

Kami adalah Pemungut, Penjual dan Pembekal Madu Tualang

Sejak 2 minggu yang lepas saya menerima beberapa panggilan telefon sehinggakan dari Brunei pun ada. Bertanyakan sama ada saya boleh membekalkan madu lebah tualang untuk mereka. Di sini saya menyatakan pintu rundingan setiasa terbuka untuk sesiapa pun bakal peniaga madu lebah untuk mendapatkan bekalan madu lebah dari saya. Kepada peniaga-peniaga produk lain yang berasaskan madu lebah pun saya alu-alukan, walaupun anda memerlukan bekalan 1 tan madu lebah pun insyaAllah saya boleh cari dan sediakan. Apa-apa pun kita perlu runding dahulu tentang harga, kuantiti kg yg diperlukan dan bila bekalan madu lebah diperlukan. InsyaAllah.

11 July, 2009

Sarang Besar Lebah Sialang/Apis Dorsata




Pemandangan Senja Pokok Tualang - Nikon D5000

Terdapat lebih kurang 20-25 sarang lebah di atas pokok ini tetapi belum tiba masanya untuk madu diambil. Mungkin memerlukan 2 bulan lagi. Kesempatan yang indah ini saya rakamkan untuk peminat madu sekelian melalui kamera Nikon D5000 yang baru disambar 3 minggu lepas.

Ambil Madu Tualang Di Malam & Siang Hari.



Kerja-kerja memungut madu lebah tualang kebiasaannya dilakukan pada waktu malam ketika bulan gelap mengikut kalendar Islam. Sesetengah tempat ada juga diambil pada waktu siang. Ini bergantung kepada faktor :

Pemanjat - ada pemanjat yang dah biasa ambil madu lebah pada waktu malam dan tak berani ambil pada waktu siang kerana risiko gangguan lebah sialang yang ganas menggila apabila sarang madu mereka diganggu. Ada juga pemanjat waktu siang yang berani melakukannya tapi bilangan cukup sedikit walaupun tidak ada bantuan bara asap sekali pun.
Keselamatan penduduk kampung berdekatan - terdapat sesetengah pokok yang dengan sarang lebah berhampiran dengan kediaman atau tempat penempatan ladang dsbnya. Oleh kerana faktor ini akan merbahayakan penduduk berdekatan yang mungkin sedang mengusahakan tanaman atau ladang mereka atau pemotong pokok, maka pengambilan pada waktu malam lebih menjadi pilihan.
Gambar waktu malam di atas menunjukkan pemanjat kami yang sedang menghalau lebah sialang turun ke bawah tanah dengan menggunakan bara api dari kulit kayu yang diikat seperti batang penyapu. Setelah itu baru lah sarang lebah sialang dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas khas yang diikat tali. Lalu bekas terisi sarang lebah itu dihulurkan ke bawah. Beberapa orang pembantu akan mengambil sarang lebah tersebut lalu di bawa ke tempat pemerahan. Percaya atau tidak setiap sarang lebah di atas menghasilkan madu lebah yang siap diperah sekitar 20-25kg setiap sarang.
Manakala gambar yang satu lagi(di atas) ini memperlihatkan cara pengambilan madu lebah pada waktu siang di kawasan yang berlainan. Ketika proses pengambilan ini saya dan beberapa pembantu teruk juga diserang dan disengat lebah sialang yang mengganas. Tapi hasil dari beberapa petua yang digunakan begitu mujarab untuk mengatasi bisa lebah yang menusuk tulang. Gambar di bawah adalah ketinggian sebenar Pokok Tualang tersebut.Di dalam bualatan merah pada gambar di bawah ini kelihatan pemanjat baru hendak turun menamatkan tugasnya.


Perahan Madu Tualang Secara Tradisonal


Beginilah keadaan apabila madu lebah dibawa turun dari atas pokok tualang kemudian terus dituangkan atas 'peran' yang dibuat dari kayu2 hutan sekeliling. Terdiri dari batang2 anak pokok yang disusun jarang dijadikan 'table top'. Apabila sarang lebah sialang ini dituangkan di atasnya, lalu sarang tersebut ditekan,dikepal dan dilenyekkan agar madu keluar dan turun ke bawah. Lapisan plastik di bawah akan mengalirkan madu lebah ke dalam takungan tapis kasar pertama. Bahan asing selain madu seperti daun,kulit kayu, lilin lebah, lebah yang mati juga habuk arang/bara akan tersekat di tapisan. Selepas itu madu lebah di dalam baldi tersebut akan dituangkan ke dalam tong air(kalau isi air 35 liter). Tapi kalau madu boleh diisi seberat antara 40-45kg.
Proses ini dijalankan dengan hati-hati dan bersih. Petugas yang ditugaskan untuk memerah sarang lebah mesti menggunakan sarung tangan getah. Lebah sialang yang mati, anak lebah serta bee pollen yang berlebihan dikerat dari sarang dan dibuang bagi memelihara kualiti madu supaya sentiasa terjamin. Ini bermakna kami bawa keluar madu lebah yang berada dalam tong setelah tapisan pertama dibuat.
Seterusnya selepas pulang kami akan menapiskan madu sebanyak 3 kali lagi dengan tapisan halus agar madu bersih dari habuk halus.

08 July, 2009

Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun

Saya menyarankan kepada ibubapa agar menggunakan madu lebah tualang yang benar2 asli sepertimana keluaran syarikat Syairtimur Enterprise bagi mengatasi masalah batuk dan selsema bagi kegunaan anak-anak serta seisi keluarga.InsyaAllah berkesan.Minumlah Madu lebah Tualang Syairtimur setiap 4 jam sekali ketika mengidap selsema dan batuk. Boleh juga dicampurkan sebelah perahan air limau nipis untuk lebih berkesan.
Ubat moden tidak digalakkan kerana kurang berkesan dan boleh mendatangkan bahaya jika terlebih dos. Kadang-kadang dah berbotol-botol minum pun tapi penyakit tidak berkurangan pun.Nah! yakinlah pada ubat yang diturunkan oleh Allah untuk makhluknya.
Sila klik
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=423911(link bernama dah tutup)tapi saya dah copykan....ada di bawah sekali.

Petikan dari blog seseorang.
Apabila anak-anak terkena selsema dan batuk, seperti ibu bapa yang lain saya dan suami akan membawa anak-anak ke klinik. Cuma semenjak tahun 2008 kami tidak lagi ke klinik yang terdekat dengan rumah seperti yang selalu dilakukan sebelum ini. Sebaliknya kami akan ke sebuah klinik di Wangsa Maju. Hu..hu.. memang jauh nak ke sana dari Shah Alam.

Semuanya bermula apabila seorang saudara kami bercerita tentang cara rawatan berbeza yang diberikan oleh klinik ini bagi merawat batuk dan selsema terutama bagi kanak-kanak. Menurut saudara kami ini kaedah yang digunakan ialah dengan cara menepuk bahagian depan dan belakang dada dan juga ubat yang berbeza dari yang diberikan oleh klinik dan pusat kesihatan biasa.

Pada mulanya saya dan suami agak was-was juga. Tapi apa salahnya mencuba. Kalau rasa tak yakin, lepas tu janganlah ikut… he.. he… he…

Tapi setelah ke sana dan berjumpa dengan doktor yang bertugas, tanggapan kami terus berubah. Menurut doktor di Klinik Wangsa ini, ubat batuk sebenarnya tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 6 tahun. Inilah yang dipegang oleh doktor ini semenjak 20 tahun yang lalu dan beliau pernah cuba mengenengahkan isu ini kepada persatuan doktor tapi tiada yang mahu menyelidik dengan lebih lanjut. Menurutnya, mudah saja… jika seseorang batuk tujuannya adalah untuk mengeluarkan kuman dan kahak yang terdapat didalam paru-paru. Masalahnya jika ubat batuk diberikan kepada kanak-kanak, ia tidak membantu kanak-kanak untuk mengeluarkan kahak. Sebaliknya, ubat batuk hanya melegakan batuk tetapi kahak masih berkumpul didalam paru-paru. Ditambah pula, kanak-kanak manalah tahu nak keluarkan sendiri kahak tu. Akibatnya batuk, selsema dan demam tetap akan berulang kembali selepas beberapa minggu.

Menurut doktor ini, cara terbaik ialah dengan menepuk bahagian depan dan belakang dada untuk mecairkan kahak (yang mana kami telah diajar teknik menepuk yang betul) dan melalukan wap di muka untuk membantu mengeluarkan kahak. Disamping itu, kami juga diberikan beberapa ubat yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan batuk (dan bukan menghilangkan batuk…) agar semua kahak yang terkumpul dibahagian paru-paru dikeluarkan. Bagi kes yang agak serius pula, wayar yang kecil akan dimasukkan kedalam hidung untuk menyedut dan mengeluarkan kahak – sudah tentu ia dilakukan oleh doktor.

Doktor di Klinik Wangsa ini juga menunjukkan keratan akhbar NSTP (tapi saya lupa kat mana saya letak paper cutting tu – artikel dikeluarkan pada tahun 2007) yang juga membicarakan isu ini. Tapi tak mengapa, saya cuba surf lagi di NSTP tadi dan terjumpa artikel yang hampir sama dengan yang diberikan oleh doktor tu.


Di bawah adalah petikan dari Bernama online:

Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun
KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor. - Bernama