30 December, 2008

Zakat Perniagaan


Bayaran Zakat Perniagaan 2011

 




Alhamdulillah tanggungjawab wajib sudah dilaksanakan. Moga-moga asnaf yg menerima wang zakat akan berusaha gigih merubah kepada kejayaan hidupnya.
_______________________________________________________________






PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN 2010

ARKIB : 13/11/2009 Utusan Malaysia

Hukum hebahkan bayar zakat

SOALAN:
ADAKAH membayar zakat secara terang-terangan misalnya disiarkan di media itu suatu yang dilarang? Adakah ia boleh mengurangkan pahala berzakat?

Jawapan:
Di dalam Islam, ada amal ibadah yang dikategorikan wajib dan ada yang dikategorikan sunat. Amal yang wajib, sama ada disukai ataupun tidak, wajib dilaksanakan sesempurnanya.

Jika amal yang sunat, maka kita digalakkan mengerjakannya kerana ia mendatangkan pahala dan kelak mampu lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Oleh itu, sesiapa yang melakukannya amalan wajib dan diikuti amalan sunat, maka pastilah mereka lebih disukai Allah SWT berbanding mereka yang malas beramal.

Menyentuh amalan berzakat, ada ulama fikah beranggapan ia adalah sesuatu yang wajib dan kewajipannya itu menjadi sesuatu yang tidak salah jika ia dilakukan secara terang-terangan.

Samalah dengan wajibnya mendirikan solat, maka seseorang tidak perlu bersembunyi menunaikannya. Ia termasuklah kewajipan menunaikan solat berjemaah (fardu kifayah) di masjid secara terbuka.

Ia wajib ditunaikan demi mengelakkan semua umat Islam di sesuatu kariah itu menanggung dosa. Maka, tidak timbul orang berkenaan mahu menunjuk-nunjuk rajin dengan menunaikan solat berjemaah bahkan dituntut agar memberikan kesan kepada orang yang malas solat berjemaah.

Pandangan ini misalnya dikeluarkan oleh Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Datuk Mokhtar Syafiee.

Bahkan daripada satu aspek lain, zakat yang wajib itu apabila dikeluarkan secara terang-terangan akan mendatangkan aspek yang positif pada dua sudut.

Pertama, ia akan menjadi pemangkin kepada umat Islam yang lain, khususnya golongan yang kaya-raya agar sama-sama bangkit menyahut seruan berzakat.

Apatah lagi apabila seseorang yang menunaikan zakat itu mendedahkan, bahawa beliau menjadi kaya dan bertambah kaya berkat menunaikan zakat pada setiap tahun. Sudah pasti kenyataan ini akan menjadi motivasi pula kepada orang lain.

Keduanya ialah kesan positif kepada orang fakir miskin dan asnaf zakat yang lain. Apabila orang yang kaya-raya memberi zakat secara terbuka, barulah orang-orang fakir dan miskin menyedari bahawa si kaya berkenaan tidak kedekut atau tidak lokek dalam berkongsi kekayaan.

Sudah pastilah orang-orang miskin merasa sayang kepadanya bahkan hormat di atas komitmen yang tinggi orang kaya berkenaan dalam bab zakat.

Kesimpulannya, Islam tidak melarang jika pemberian zakat dihebahkan. Walau bagaimanapun, orang yang menunaikan zakat mestilah meletakkan perasaan tawaduk atau rendah diri yang tinggi di dalam hatinya.

Mereka mestilah menyedari, semua harta yang dizakatkan itu adalah harta Allah SWT, mereka hanya sekadar menjalankan amanah-Nya sahaja. Wallahua’lam.


____________________________________________________________


PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN 2009




Bersyukur ke hadrat Allah kerana tanggungjawab yang wajib ke atas ku telah dilaksanakan iaitu mengeluarkan ZAKAT.Ayuh!!! ingatlah janji Allah bahawa tiap butir yang disemai pasti akan dilipatgandakan.Usahlah kita rasa takut akan menjadi papa atau sebagainya.

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.Al-Quran menyebut kepentingan zakat bersama solat sebanyak 28 kali. Islam memperkenalkan zakat sebagai sesuatu hak yang mesti ditunaikan.

_________________________________________________________


PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN 2008

Alhamdulillah.Bersyukur saya kepada Allah kerana petang tadi telah selamat menunaikan kewajipan membayar Zakat Perniagaan bagi syarikat iaitu Syairtimur Enterprise dan Zakat Simpanan atas nama diri sendiri.Pembayaran telah dibuat di Pusat Zakat Sungai Buluh, Selangor.Moga-moga zakat bagi tahun hadapan iaitu 2009 dapat diberikan kepada pusat zakat dengan lebih banyak lagi bergantung kepada sejauh mana sokongan orang ramai dalam mendapatkan/membeli produk Madu Lebah Tualang kami.
Ajaran Islam menyarankan kepada umatnya agar kita berbelanjalah kepada peniaga yang seagama dengannya.Ini kerana para peniaga Islam itu diperintahkan agar mengeluarkan zakat hasil dari perniagaan bagi membantu mereka yang memerlukan.Jadi konsep saling membantu antara sesama muslim akan menaikkan ekonomi Islam.Berbanding jika orang Islam itu yang berbelanja/membelibelah di premis atau membeli produk yang bukan dimiliki oleh orang Islam.Sudah tentulah ekonomi mereka bertambah kuat dan ekonomi Islam akan tergugat.Sebaiknya wang orang Islam berputar di dalam kelompok kumpulan peniaga dan pembeli Islam.



01 December, 2008

PEMBUKAAN CAWANGAN BARU : GIANT KOTA DAMANSARA

Alhamdulillah kami telah pun selamat membuka cawangan Madu Lebah Tualang di Giant Kota Damansara pada 27hb Nov 2008.Untuk pengetahuan pembaca ini adalah Giant Mall yang terbaru dan terbesar di Malaysia dan kami adalah penyewa awal yang terpilih berdasarkan potensi barang dagangan serta displin.
Sepanjang kami berniaga 4 hari pertama setakat ini, Madu Tualang kami telah mendapat sambutan hangat dari pengunjung.Hinggakan stok madu perlu dihantar setiap hari.
Misi kami untuk membantu orang ramai mendapatkan bekalan madu lebah asli sentiasa diteruskan dengan pembukaan cawangan ini.Kami mengharapkan sokongan padu dari orang ramai supaya kami dapat terus berniaga lama di situ.