29 April, 2008

MADU TUALANG : Ujian Makmal di MARDI Serdang

Saya masukkan copy sijil ujian madu hutan asli ini ke dalam blog ini apabila diminta oleh beberapa pelanggan yang mahukan blog saya padat dengan maklumat.Bagi memenuhi permintaan tersebut maka saya tunaikan janji mulut ini untuk tatapan pelanggan dan pembaca.Jika tuan puan perasan banyak web yang menjual madu meletakkan sijil ujian mereka tetapi macam acuh tak acuh saja kerana apa butir yang tertulis pun kita tak nampak.Itu kira ok la berbanding yang langsung tak ada ujian tersebut.(klik image untuk zoom in)
Madu Lebah Tualang kami telah menjalani ujian makmal di Food Chemical Analysis Laboratory, MARDI Serdang pada 11 Feb 2008. Madu Lebah Tualang kami adalah terjamin sebagai madu lebah hutan asli yang kaya dengan pelbagai khasiat dan kelebihan.Ia bersumberkan dari ribuan bunga hutan yang tumbuh melata. Kami tidak terlibat/menjual madu lebah tiruan yang memudaratkan orang ramai dan juga tidak menjual madu lebah peliharaan.Malah kami menentang penjualan madu lebah tiruan yang berleluasa dan kami muncul bagi membantu orang ramai mendapatkan madu lebah dari Pokok Tualang yang asli 100% segar tanpa diproses.Juga kami mengambil langkah membantu orang ramai bagaimana memilih madu lebah asli dan tips mengenal madu tiruan. Sila baca artikel saya sebelum ini tentang madu tiruan dan madu asli.Terima Kasih.


AWAS !!!!!!!! JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPU HELAH PENJUAL MADU YANG MENGATAKAN MADUNYA TULEN DENGAN MENGUJI PELBAGAI CARA TANPA BUKTI YANG NYATA SEPERTI SEMUT TIDAK MAKAN MADU,LETAK DIKUKU, DIMANCIS, DIPIRING, DAN SEBAGAINYA. BUKTI YANG NYATA BOLEH DIDAPATI DENGAN CARA MENGUJINYA DIMAKMAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN.

23 April, 2008

PEMBUAT MADU TUALANG TIRUAN DITANGKAP








Sila klik : http://www.youtube.com/watch?v=b54PYVBN_7w

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Sebelum ni dah banyak orang kena tipu puluhan ribu ringgit berhubung dengan perniagaan madu lebah.Tapi si penipu ni bijak menghilangkan diri selepas madu tiruan di hantar kepada mangsa dan menerima habuan wang tunai.
Ceritanya sama sahaja.Sebab saya pun telah didatangi oleh sindikit ini untuk menjual madu dalam kuantiti yang banyak kepada saya.Supaya tuan/puan di luar sana tidak ditipu maka saya turunkan/dedahkan taktik si penipu ini lakonkan agar urusniaga ini nampak real berdasarkan pengalaman saya, pelanggan madu lebah tualang saya juga seorang jiran saya yang hampir ditipu RM39,000.00 apabila saya berkeras menegahnya berurusan dengan orang begini.

1)penipu ini akan menelefon anda mengatakan beliau ada madu lebah dalam kuantiti yang banyak untuk 'ditolak' kepada yang berminat untuk buat duit dgn senang.Kebiasaannya orang yang menjadi target mereka adalah terdiri dari peniaga atau orang yang berduit(duit boleh buat duit).Madu tersebut dari Ulu Tembeling,Pahang.Orang asli yang panjat dan ambil dari pokok tersebut.
2)Penipu ni kata pembeli madu ni dah ada...orang Singapore.Jadi kita boleh dapat untung atas angin je....iaitu bayar duit ni pada si penipu(kononnya dia ni orang tengah kepada orang asli)dan dalam masa 1 @ 2 hari dia akan bawa orang Singapore yang akan beli madu tu pada harga yang tinggi(1 tong madu boleh dapat untung hingga RM2500.Kalau 30 tong...tentu kaya tu.
3)Mangsa akan dihantar bertong-tong madu ke rumah dan si penipu ini mahu cash saja kerana orang asli tak mahu terima cek.Penipu ni janji akan bawa orang Singapore tu sedikit hari lagi.
4)Mangsa pun call penipu nie selepas 2 @ 3 hari kerana tak sabar-sabar nak dapat untung atas angin...."mana pulak orang singapore ni".Alangkah terperanjatnya apabila no hp si penipu ni telah ditamatkan perkhidmatan dan si penipu ini ghaib tak muncul lagi.
5)Padahnya berlambak-lambaklah tong madu dalam rumah mangsa.Duit pun hangus.

Untuk pengetahuan tuan/puan sindikit ini adalah warganegara asing yang cakapnya bunyi macam orang melayu tapi sebenarnya ..bukan.Kalau kita dah terperasan cara cakapnya,si penipu nie cepat2 kata dia berasal dari Sabah @ Sarawak....Oleh itu berwaspadalah kita.Di bawah ini saya copykan artikel dari beberapa akhbar berhubung penangkapan dalang pembuat madu tiruan di Ampang Selangor.

METRO - 19/04/08
Peniaga jual madu tiruan silap mangsa.
AMPANG: Niat seorang pelukis jalanan untuk meraih keuntungan berganda sekali gus menjadikan dirinya kaya dalam sekelip mata, terbantut apabila cubaannya menjual 54 tong madu lebah tiruan terbongkar berikutan rasa curiga bakal pembeli terhadap keaslian madu itu.Difahamkan lelaki terbabit, seorang warga Indonesia berusia 40-an, ditahan polis ketika cuba menjual madu tiruan itu yang dipercayai campuran gula melaka kepada seorang guru yang turut menjalankan perniagaan madu lebah secara sambilan di sebuah restoran di Taman Kosas di sini, baru-baru ini.Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten komisioner Abdul Jalil Hassan, ketika ditahan lelaki terbabit membawa 54 tong madu yang bakal diserahkan kepada pembeli menggunakan sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lagi warga Indonesia.“Keseluruhan rampasan bernilai hampir RM135,000 membabitkan rampasan madu tiruan, oleh itu pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan urusniaga khasnya yang berkaitan pembelian madu lebah.
“Dipercayai ramai lagi yang sudah menjadi mangsa dan diharapkan mereka tampil untuk membantu kami menyelesaikan kes penipuan ini,” katanya.
Suspek bijak memancing mangsa supaya membeli madu itu dengan mengatakan seorang pembeli dari Singapura sudah sanggup membelinya dengan harga lebih tinggi.Mangsa juga dikatakan mendapat keuntungan lebih sekali ganda iaitu sebanyak RM2,000 bagi setiap tong jika berjaya menjualnya kepada pembeli dari Singapura itu.Bagaimanapun, pembeli yang meragui kewujudan madu itu, ditambah pula dengan tawaran harga yang dianggap terlalu murah iaitu hanya RM1,000 setiap tong berbanding harga pasaran RM3,500 setong, mangsa meminta bantuan sahabatnya yang mengesahkan ia madu tiruan.Hasil soal siasat membawa sepasukan anggota polis ke rumah suspek yang turut dijadikan pusat memproses bekalan madu tiruan di Klang, Selangor.Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan dan akan didakwa mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan, atas tuduhan cubaan menipu.


Utusan Malaysia
Warga asing jual madu tiruan ditahan.
AMPANG JAYA 19 April - Polis menahan seorang lelaki warga asing ketika cuba menjual 54 tong madu tiruan dengan harga RM 54,000 iaitu RM1,000 setong kepada seorang mangsa di sebuah restoran di Taman Kosas, Ampang di sini 4 April lalu.
Pemeriksaan mendapati keseluruhan 216 liter madu yang dikatakan sebagai asli itu sebenarnya cecair hasil campuran gula merah dan air tebu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan ketika cuba berurus niaga dengan seorang mangsa, seorang guru berusia 33 tahun di restoran tersebut.
Menurutnya, taktik suspek ialah cuba memperdayakan mangsa kononnya harga sebenar satu tong ialah RM3,500 dan dia bersetuju memberi potongan harga sehingga RM1,000 setong.
"Dia cuba menagih simpati dengan memberitahu mangsa dia perlu menjual semua tong madu itu untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya," katanya ketika di- temui di Balai Polis Ulu Klang di sini semalam.
Tambahnya, mangsa yang bimbang ditipu sebenarnya telah memaklumkan kepa- da polis sebelum hari urus niaga tersebut.
Katanya, pada hari kejadian, dia bersama seorang rakannya pernah diperdaya untuk menguji madu tersebut sama ada tulen atau sebaliknya.
"Rakannya kemudiannya mendapati madu itu palsu berdasarkan kelikatan cecair berbanding madu asli, mangsa terus menghubungi polis dan pihak kami telah mengambil tindakan," ujarnya.
Abdul Jalil memberitahu, polis yang tiba di situ kemudian mendapati semua 54 tong madu tiruan yang akan dijual itu disimpan di sebuah lori muatan tiga tan milik suspek.
"Siasatan mendapati suspek beroperasi secara bersendirian memproses madu tiruan di rumahnya di Klang dan bergiat aktif hampir dua tahun serta berjaya menipu RM48,000 daripada empat mangsa sebelum ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana kesalahan menipu," jelasnya.

15 April, 2008

JAWATAN KOSONG : PEMBANTU JUALAN DI KIOSK AMPANG POINT,SELANGOR

As'kum tuan/puan.
Saya sedang mencari seorang wanita iaitu sebagai pengganti staf sedia ada yang bekerja sebagai pembantu jualan di kiosk Madu Lebah Tualang di Ampang Point. Jika ada saudara,jiran atau kenalan tuan puan yang berminat untuk mengisi/bekerja di lokasi berkenaan.....bolehlah hubungi hp saya iaitu 013-3640161(zamri). Waktu bekerja ialah 10pg - 10mlm, 6 hari seminggu.

Terima Kasih

12 April, 2008

Bagaimana untuk menguji keaslian madu tualang?


Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu tualang samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:
1)Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.Pastikan botol madu tersebut berlabel, syarikat berdaftar, ada alamat,no telefon penjual,email ,web dsb nya.
2)Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat/tajam,selepas minum madu terasa mahu berdehem dan mempunyai bau wangi aroma bunga hutan dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat. Pastikan warna madu juga sekata.Maksudnya dari atas hingga dasar botol warna madu yang sama,tidak berbelang atau bahagian atas warna dan bawah tidak sama.
3)Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan kekadang dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
4)Ada gelang propolis/pollen di bahgian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.
5)Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna kemungkinan besar ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.


06 April, 2008

Pembukaan Kiosk Di Ampang Point

Saya bersyukur kepada Allah dgn izinnya semalam(6/4/08-ahad) adalah hari yang ke enam pembukaan kiosk Madu Lebah Tualang di Ampang Point,K.L.Semalam juga adalah hari minggu yang mana ramai orang singgah di kiosk saya dan bertanya perkara berkaitan madu lebah.Tak kurang juga membeli madu saya sebagai buah tangan untuk anak isteri di rumah.Juga tidak ketinggalan membeli madu saiz 150g dengan alasan nak 'test dulu' pastu baru nak beli yang berat 1kg.....saya faham.
Rata-rata dari mereka meluahkan kekesalan di atas betapa banyaknya madu tiruan/tipu yang terjual di 'luar sana'.Sempat juga saya memberikan tips bagaimana memilih/mengenal dan membeli madu terutama madu lebah tualang.
Tidak ketinggalan para artis yang tinggal sekitar Ampang singgah dan beli madu dari syarikat saya ini.Komen dari warga asing yang mahukan kami menyediakan risalah/leaflet dalam bahasa English amat diambilberat oleh saya.InsyaAllah akan dilaksanakan dalam sedikit hari lagi.
























05 April, 2008

Keserasian ubat.

Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda “Setiap penyakit ada ubatnya. apabila ubat telah mengenai penyakit, maka akan mendatangkan kesembuhan dengan izin Allah,”. (HR Muslim). Di kesempatan lain Rasulullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At Tirmidzi ” ..Allah menciptakan ubat bagi setiap penyakit yang Dia ciptakan...kecuali penyakit Tua”.Jadi sebagai umat Islam yang menjadikan Al Qur’an dan Al Hadits sebagai pegangan kita, kita wajib percaya bahwa Allah lah yang menurunkan ubat bagi setiap penyakit, hal ini juga seiring dengan salah satu kalimat tauhid yang diucapkan Nabi Ibrahim A.S. dalam surat As Shu’ara 80 ” Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku”.Ayat-ayat Al Qur’an dan Al Hadits tersebut seharusnya cukuplah menjadi dasar kita dalam setiap upaya mencari penyembuhan dari penyakit yang kita atau keluarga kita derita. Kelihatannya mudah, namun kita sering lupa atau terjebak dalam dua situasi dalam mencari penyembuhan ini.
Situasi pertama adalah orang-orang yang hanya meletakkan sepenuh upaya penyembuhannya melalui berbagai pengubatan paramedik dan lupa atau tidak tahu bahwa hanya Allah-lah yang boleh menyembuhkan penyakit itu.
Situasi kedua adalah orang yang melupakan ikhtiar.Disatu sisi kita wajib berusaha mencari ubat untuk penyembuhan penyakit kita, disisi lain kita harus sedar bahwa ubat tersebut hanyalah penyebab bagi datangnya pertolongan Allah dalam bentuk penyembuhan. Sebahgian ubat sebagai penyebab penyembuhan yang merupakan pertolongan Allah ini ada yang secara jelas diungkapkan sendiri oleh Allah seperti Madu Lebah yang disebut dalam surah An-Nahl 69 ”...dan sebagai ubat bagi manusia”. Sebahgian lain penyebab pengubatan tersebut tidak diunkapkan oleh Allah secara langsung tetapi sepenuhnya disediakan olehNya secara cukup di alam ini seperti tumbuhan herba yang melata di negara ini. Manusia-manusia yang tekun mengkaji dan menggali kurniaan Allah tersebut (para ilmuwan) sebahgian akhirnya berhasil menemui berbagai ubat untuk berbagai penyakit seperti tumbuhan tongkat ali,kacip fatimah dsb nya.

Madu Sebagai Antibiotik Terhebat.

Meskipun lebih dari 1400 tahun lalu Allah melalui ayat-ayat Al-Qur’an telah memberitahu bahwa madu lebah sebagai ubat, baru beberapa tahun belakangan ini para ilmuwan membuat berbagai penelitian mengenai kemampuan madu lebah sebagai ubat.Salah satu peneliti yang sangat mendalami masalah madu lebah ini adalah Peter Nolan seorang ahli kaji biokimia dari The University of Waikato – New Zealand. Peter Nolan mempunyai cerita yang digemari mengenai kehandalan madu lebah sebagai antibiotic ini, yaitu berdasarkan pengalaman yang dialami seorang remaja Inggeris berusia 20 tahun yang luka di tangannya tidak sembuh diubati oleh berbagai jenis antibiotic. Remaja ini kemudian mendengar tentang pengubatan dengan madu lebah dan minta doktornya untuk mengubati dengan madu lebah. Kerana berbagai cara telah dilakukan, maka sekumpulan doktor pun tidak keberatan untuk mencuba cara lain dengan madu lebah ini. Setelah pengubatan dengan madu lebah berjalan selama satu bulan, ternyata luka di tangan remaja tersebut benar-benar sembuh dan tangannya dapat berfungsi kembali.Madu ternyata dapat menumpas spesies microbial yang resistance terhadap antibiotic buatan manusia. Penggunaan madu sebagai antibiotic juga memiliki beberapa keunggulan antara lain :

• Pengubatan dengan madu lebah tidak menimbulkan alahan
• Madu lebah menyebabkan rasa sakit berkurang
• Madu lebah membersihkan jangkitan
• Madu lebah menghilangkan bau pada luka
• Penyembuhan berjalan cepat tanpa menimbulkan parut luka
• Madu lebah bersifat antibakteria yang dapat mencegah bakteria merebak
• Tidak menimbulkan rasa sakit pada masa penggantian pembalut kerana madu tidak melekat
pada kain pembalut.
• Mempunyai kesan ransangan yang mempercepat tumbuhnya jaringan tubuh kembali.

Hasil kajian di universiti tersebut juga membuktikan madu lebah lebih effective dari antibiotic buatan manusia seperti silver sulfadiazine.Subhanallah, tanpa bukti inipun kami percaya kepada firmanMu ya Allah; kami percaya kepada sabda Rasulmu….bukti ilmiah ini hanya sebagai tambahan ilmu bagi kami…dan hujjah untuk menjelaskan kepada orang yang belum yakin akan kebenaran firmanMu.

Dari Perut Lebah Itu Keluar Minuman Yang Bermacam-Macam Warnanya...



Dari illustrasi anatomi lebah di atas kita dapat segera tahu bahwa meskipun madu dikeluarkan dari perut lebah (di dalam Al Qur’an disebutkan di Surat An Nahl Ayat 69 ”….Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya…”), namun ternyata madu ditempatkan di tempat khusus dalam perut lebah yang disebut perut madu (honey stomach, honey sac atau crop) yang terpisah dari perut besar lebah (large intestine atau stomach). Di dalam perut madu tersebutlah proses penguraian gula komplek diubah menjadi gula sederhana atau mono sakarida. Sering terjadi ketidakfahaman di masyarakat seolah madu adalah kotoran lebah kerana berasal dari perut lebah. Madu bukanlah kotoran lebah meskipun dalam prosesnya melalui perut lebah. Honey sac yang berada di perut lebah sebenarnya lebih merupakan tempat penyimpanan khusus untuk madu selama perjalanan lebah pekerja dari tempat pengambilan nectar sampai ke sarangnya. Selanjutnya nectar yang berupa gula komplek dalam bentuk sukrosa mengalami proses fizikal dan kimia sekaligus,meneruskan perjalanannya di perut lebah dan dilanjutkan di sarang lebah.Nectar yang diambil dari bunga-bunga tanaman mengandung gula dan kadar air yang tinggi (sekitar 60%), untuk menjadi madu kadar air ini harus diturunkan secara significant menjadi sekitar 20 %-30%. Proses penurunan kadar air ini mulai terjadi pada saat lebah menjulurkan lidahnya (proboscis) untuk memindahkan Madu sedikit demi sedikit dari dalam perut madu (honey sac) ke sarang lebah. Didalam sarang lebah kadar air terus diturunkan lebih lanjut dengan laju penurunan yang lebih tinggi melalui kipasan sayap-sayap lebah yang terus menerus mengawal hawa/suhu hangat ke seluruh ruangan dalam sarang lebah.


Proses kimia dari nectar menjadi Madu terjadi di dalam perut lebah ketika enzym invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.

02 April, 2008

KEGUNAAN MADU LEBAH TUALANG

KEGUNAAN MADU LEBAH TUALANG

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih,menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
C) Membantu dalam keghairahan hubungan kelamin.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin dan melambatkan proses klimak.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah).Amat rugi pengidap kencing manis tidak mengambil madu dalam kehidupan harian.

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. menghilangkan rasa mual dan loya ketika awal mengandung.
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina danmenguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuhkuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapatmengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasabayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dindingperut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah sertamempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak akan membuatkan cepat lena ketika tidur.Anak-anak yang mengamalkan madu amat jarang sekali didengari kencing malam/kencing di tempat tidur.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa."Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas danlain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.

01 April, 2008

Penyelidik Malaysia Lakukan Kajian Madu Tualang Di Mekah


MEKAH, 13 Dis (Bernama) -- Mampukah madu lebah Tualang meningkatkan daya keimunan jemaah haji daripada serangan penyakit pernafasan? Sesuaikah jemaah haji berjalan kaki dari Mekah ke Arafah untuk berwukuf dengan mengikut tradisi sunnah Rasulullah SAW?
Atau, bolehkah pergerakan jemaah haji dipantau dengan menggunakan Peranti Beridentiti Frekuensi Radio? Dan bolehkah dijimatkan penggunaan tenaga di bangunan penginapan jemaah haji serta bolehkah tenaga solar digunakan untuk sistem penyejukan khemah jemaah haji di Mina?
Itulah antara beberapa persoalan yang akan cuba dianalisis oleh sekumpulan 22 penyelidik Malaysia dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) yang kini berada di Mekah untuk menjalankan penyelidikan itu.
Ketua pasukan penyelidik berkenaan, Dr Zainal Abidin Sanusi memberitahu Bernama di sini bahawa ini merupakan kali kedua USM menghantar penyelidiknya selepas kali pertama pada tahun lepas dan tahun ini juga merupakan kali pertama Universiti Malaya menghantar empat penyelidik untuk menyertai misi penyelidikan itu.
Dr Zainal Abidin, yang juga Penyelaras Pusat Pakar Serantau Mengenai Pendidikan untuk Pembangunan Mampan, USM, Pulau Pinang berkata kajian yang dilakukan oleh pasukan itu meliputi empat bidang iaitu Perubatan, Mobiliti, Tenaga dan Pemantauan.
Kesemua penyelidikan itu dijalankan dengan kerjasama Universiti Ummul Qura' Mekah (UQU) yang mempunyai Institut Penyelidikan Haji, katanya selepas kumpulan penyelidik itu mengadakan pertemuan dengan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abd Mubin di sini.
Sementara itu, Prof Nor Hayati Othman yang mengetuai kajian mengenai jangkitan saluran pernafasan seperti batuk, selesema, sakit tekak dan demam yang sering dihidapi jemaah haji ketika di Tanah Suci pula berkata pasukannya akan mengkaji keberkesanan madu lebah Tualang dalam meningkatkan tahap keimunan jemaah haji terhadap jangkitan penyakit pernafasan berbanding pengambilan suntikan vaksin influenza.
Dalam taklimatnya pada pertemuan itu, beliau berkata mereka telah memilih tiga kumpulan jemaah haji dengan satu kumpulan diberi makan madu lebah Tualang, satu lagi diberi suntikan vaksin influenza manakala satu kumpulan lain, yang tidak diberi madu lebah ataupun suntikan vaksin, bertindak sebagai kumpulan kawalan.
Prof Nor Hayati, yang juga Dekan Plantar Sains Klinikal, Kampus Kesihatan, USM, Kubang Kerian, Kelantan berkata setiap kumpulan terdiri daripada kira-kira 250 orang jemaah haji yang dipilih daripada kalangan jemaah haji yang telah menghadiri Kursus Perdana Haji di Kota Baharu, Kelantan, sebelum ini.
Beliau berkata pasukannya menggunakan 250kg madu lebah Tualang asli yang dibekalkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Kedah untuk kajian itu.
Sekumpulan penyelidik lain pula bercadang untuk mengkaji satu sistem yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga antara 10 hingga 20 peratus di bangunan tempat penginapan jemaah haji.
Pasukan itu juga mahu mencuba menggunakan tenaga solar untuk sistem penyejukan di khemah-khemah jemaah haji dan prototaip alat penyejukan menggunakan tenaga solar itu telah dibina dan berfungsi dengan baik serta efisien dan senyap. Kumpulan itu juga bercadang mengkaji bidang tenaga yang diperbaharui di sini.
Satu kajian lain oleh kumpulan penyelidik Malaysia itu mengenai mobiliti melibatkan cadangan mewujudkan model simulasi sistem keluar masuk jemaah haji di Masjidil Haram serta melakukan tawaf dan sa'ie.
Empat penyelidik dari Universiti Malaya itu pula mahu mengkaji cara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan wajar atau tidaknya kembali mengamalkan tradisi sunnah Rasulullah SAW iaitu berjalan kaki dari Mekah ke Arafah sejauh 21.9km untuk melakukan ibadat wukuf.
Kumpulan itu juga bercadang untuk berjalan kaki dari Mekah ke Arafah pada 8 Zulhijjah (17 Disember) ini dan akan mengedarkan 1,500 borang soal selidik dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Turki, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris kepada jemaah haji dari seluruh dunia untuk mengkaji kesesuaian sistem laluan pejalan kaki Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina.
-- BERNAMA